BAB 22

2.8K 155 0
                                    

Bryan mencelikkan matanya dan memandang wajah si isteri yang tidur di atas lengan.

Chup.

Dicium ubun ubun Aufy dan disentuh batang hidung itu rasa basah saja. Gadis ini menangis lagi?. Dihela nafas perlahan dan dibawa ke dalam dakapan.

"Abang tak marahkan sayang tapi abang marah bila ada yang berani sentuh isteri abang. You are mine, only mine." Bisik nya walaupun dia tahu Aufy tidak akan dengar. Biarlah Aufy lena dahulu, tidak sampai hati mahu kejutkan lagi.

BRYAN memandang ke arah pintu bilik guru melihat Aufy yang melangkah masuk dengan Deera dan kedua gadis tu mendekati ke arah guru Sahima.

Kening Bryan bercantum dengan dahi berkerut hairan bila Deera bercakap sambil menunjuk isterinya dan Cikgu Sahima menganguk kepalanya.

Dipandang saja kedua gadis tu melangkah keluar dan Aufy langsung tidak pandang dirinya. Dia ada buat salah ke? Ni kena siasat.

"KAU rehat lah dalam bilik ni dulu. Apa apa kau call aku." Kepala dianggukan dengan badan direbahkan di atas katil.

Kepalanya sakit dan pening akibat selalu menangis. Bukan kerana apa, disebabkan fikirannya selalu terimbas tentang adegan di bilik stor tu buatkan diri nya berdosa pada sang suami.

Mata perlahan lahan tertutup rapat dan telinga nya sempat menangkap bunyi pintu terbuka namun mata terlalu letih untuk dicelikkan.

Dapat dia rasa tangan sejuk tu menyentuh dahi dan lehernya.

"Demam" Suara garau itu. Seperti dia kenal pemilik suara garau tersebut.

"Abang tak mampu nak hilangkan peristiwa yang jadi dekat bilik stor tu dalam fikiran sayang tapi abang minta sangat jangan fikirkan benda tu. I am here with you, always." Dicium dahi Aufy lama bagi menzahirkan rasa sayang nya terhadap si isteri.

"Abang." Perlahan lahan mata dicelikkan setelah mengetahui itu suaminya. Bryan tersenyum manis.

"Ni abang sayang, suami sayang." Diusap pipi tu perlahan. Aufy mencapai tangan tu dan digengam.

"Jangan tinggalkan Aufy. Aufy takut." Bryan menganguk kepalanya.

"Apa yang sir buat dalam bilik ni?" Serentak mereka menoleh ke arah Cikgu Sahima dan Aufy dengan Bryan memandang antara satu sama lain.

ZAUJI BRYAN [C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin