BAB 40

2.6K 152 1
                                    

Sekolah itu heboh apabila mengetahui bahawa Aufy isteri kepada Bryan. Sejak sejak itu pula tiada yang berani kacau Aufy lagi.

Kini tingkatan lima menduduki peperiksaan SPM yang bakal menentukan masa depan masing masing.

Mata memandang ke arah jam dan tinggal beberapa minit sahaja lagi, kertas terakhir akan tamat.

Pen diletakkan di tepi setelah selesai menjawab. Mata memandang sekeliling dan terpandang akan suami nya yang duduk bersilang kaki layak CEO. Tapi memang betul pun.

Mata jejaka tu pula tidak lepas memandang wajah isterinya. Tak jemu memandang malah bertambah sayang.

"Peperiksaan telah pun tamat, para pelajar dikehendaki berhenti menulis dan kertas kamu semua akan dikutip sebentar saja lagi."

Setelah kertas Aufy di ambil, ditoleh ke belakang melihat pengawas mengutip kertas kawan sekelas nya.

"YEAY HABISSSS"Aufy bangun berlari menuju ke arah Bryan dan mendakap tubuh sasa tu. Jejaka tu tergelak kecil apabila ramai melihat ke arah mereka berdua. Diusap belakang kepala Aufy perlahan.

"Balik sekejap lagi abang bawa sayang pergi makan." Tersenyum suka gadis tu dan menganguk laju.

Mata nya terpandang akan Hendri yang mahu melangkah keluar dewan.

"Hendri!" Jejaka tu menoleh apabila nama nya dipanggil. Ternaik kening kanan nya ke atas.

"Aku Hendri kapla Starlight highschool!" Membulat mata jejaka tu.

"Wah kau makin kasar eh." Terburai ketawa Aufy dan menyembam muka nya di dada tegap si suami.

"Ada yang masih belum hantar kertas?" Tanya Bryan dan memasing mengeleng.

"Sampai bila sayang nak sembam muka ni?" Dijarakkan sedikit mencari wajah si isteri.

"Badan abang wangi." Lelaki tu mengosok kepala Aufy perlahan.

"Aufy jom teman aku pergi makan." Ajak Deera dan Aufy menganguk seraya melambaikan tangan nya pada Bryan.

"Bye abangg" jejaka tu membalas lambaian si isteri. Dia perlu handle kertas kertas SPM mereka semua.

"Sir dengan Aufy dah buat resepsi ke belum?" Soal cikgu Zarul.

"Saya cadang lepas dia habis SPM ni lah nak buat majlis tu. Jangan risau nanti saya jemput semua." Bryan ukir senyuman nipis dan Cikgu Cikgu disitu mengangkat ibu jari.

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now