BAB 3

4.1K 245 0
                                    

Aufy memakan roti di belakang blok sekolah. Dia tidak suka makan di kantin tambahan lagi dia tidak suka keramaian.

"Aufy" Terhenti gigitan di roti dan mengangkat muka. Comel pula Bryan melihat isterinya.

"Kenapa makan dekat sini?" Soal nya dan Aufy melepaskan gigitan nya diroti.

"Sajaa."

"Bahaya duduk sorang sorang dekat sini dengan sunyi lagi. Makan dekat taman nak?" Digeleng kepalanya tanda tidak mahu.

"Ramai." Bryan melutut depan Aufy yang fokus dengan roti nya itu. Krim roti jagung yang terlekat di tepi bibir Aufy dikesat lembut.

"Lepas makan masuk kelas. Jangan duduk lama lama dekat sini bahaya." Digosok rambut Aufy yang macam cendawan itu.

"Okey" Dipandang Bryan yang melangkah pergi dan dia kembali menghabiskan roti nya.

TERMENGAH mengah dia di pintu kelas kerana berlari dari parking kereta ke kelas. Diatur langkah masuk ke dalam.

"Maaf Sir saya lambat." Ditundukkan kepalanya memandang lantai.

"Aufyka, apa alasan kamu lagi kalini?" Bukan sekali dua Aufy lambat masuk ke kelas nya. Sudah banyak kali.

"Sakit perut sir."

"Sakit perut setiap hari? Berdiri kamu dekat situ sampai habis masa saya." Aufy bergerak ke tepi dinding dan berdiri disitu.

"Asal lambat?" Bisik Deera ke arah Aufy dan gadis tu menoleh.

"Sengugut" balasnya perlahan dan Deera menganguk faham. Aufy mencengkam perut nya kerana sakit yang mula kian hadir.

"Sir boleh saya pergi tandas?" Soal nya dan memandang wajah jejaka tu.

"No. Berdiri dekat situ sampai habis masa saya baru kamu boleh pergi tandas atau kemana mana kamu nak." Tegas suara Bryan dan Aufy menunduk kepalanya.

Seminit dua minit masih dapat dia bertahan. Setiba minit ke empat, dia terduduk memegang perutnya yang sakit.

"Aufy!" Bryan menoleh ke belakang melihat isterinya yang sudah terduduk di lantai dengan wajah berkerut menahan sakit.

Dia segera mendekati ke arah Deera dan Aufy.

"Sakitt." Rintih Aufy.

"Deera, tepi."  Bryan mendukung tubuh kecil tu untuk dibawa ke bilik rawatan. Dapat dia lihat Aufy mencengkam erat di bahagia perutnya.

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now