BAB 53

1.5K 79 4
                                    

Aufy mundar mandir di ruang tamu. Dilihat jam menunjukkan pukul 6 petang. Hati nya jadi tak tenang apabila sosok tubuh suami nya belum pulang.

Dihempas punggung nya di sofa dan seketika telefonnya berdering. Pantas saja dia menjawab apabila nama suaminya tertera di skrin.

"Assalamualaikum ini isteri Muhammad Adam? Kami dari pihak hospital ingin memaklumkan suami awak kemalangan dan dibawa ke hospital Tung Shin." Mengigil tangan Aufy.

"S..saya ke sana sekarang." Jantung berdegup kencang dan segera mendail nombor telefon mama nya untuk memberitahu keadaan Bryan.

AUFY berlari masuk ke dalam hospital tersebut dan matanya terpandang akan mama papa mertua nya.

"Ma, pa." Mereka berdua menoleh dan mama Amyra memeluk tubuh nya erat.

"Yan masih dekat dalam. Doktor bagitahu keadaan Yan kritikal." Terduduk Aufy di kerusi. Kata kata suaminya semalam mula bermain di fikiran. Tanpa sedar air mata nya mengalir.

"Bryan tak akan tinggalkan Aufy kan ma pa?" Dipandang mama papa nya. Air mata masih mengalir.

"Kita doa ya Aufy. Mama tahu Bryan seorang yang kuat." Mama Zuria memeluk anak nya dan mengusap bahu tu memberi kekuatan.

Doktor melangkah keluar dari bilik yang ditempatkan oleh Bryan. Papa Awish segera bangun.

"Peratus untuk dia hidup tak capai 50% jadi saya minta kumpulkan semua ahli keluarga." Setelah doktor tu melangkah masuk ke dalam. Aufy masih tidak dapat proses apa yang doktor tu maksudkan.

Apa yang doktor tu maksudkan? Kenapa perlu kumpul semua ahli keluarga. Dilihat mama papa mertua nya sudah menelefon orang.

"Ma, kenapa dengan Bryan ma?" Mama Zuria memeluk tubuhnya.

"Apa yang jadi, sayang kuat ya." Air mata nya kembali mengalir ke pipi nya.

"Pesakit telah kembali ke rahmatullah. Ahli keluarga yang mahu melihat kali terakhir, silakan masuk." Aufy memejamkan matanya erat dan digagah kan juga dirinya untuk masuk ke dalam bersama mama nya.

"Tenang nya muka abang. Terima kasih sebab sudi jadi suami Aufy. Aufy sayangkan abang sangat sangat. Tenanglah disana Zauji Bryan." Disentuh rambut yang sering dia usap dahulu.

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now