BAB 46

2.2K 121 2
                                    

"Eh Aufy?" Aufy menoleh apabila ada yang menegurnya. Harini dia datang ke mall lagi tapi untuk ke kedai buku.

"Ermm Hendri?" Jejaka tu menganguk kepalanya. Aufy dapat mengingati kerana di belakang jejaka tu terdapat 7 orang lelaki.

"Ingatkan dah lupa aku dah. Cantik kau bertudung sekarang." Aufy mengukir senyuman nipis dan menganguk.

"Alhamdulillah. Ni korang dari mana?" Hendri menoleh melihat wajah kawan kawannya.

"Ni diorang ni ajak tengok wayang la makan la. Tapi nanti guna duit aku juga." Bengang Hendri dan Aufy tergelak kecil.

"Aufy sorang ja ka? Datang mall beli apa?" Giliran Kyle pula bertanya.

"Ya sorang ja harini. Ni ha nak singgah kedai buku untuk restock novel." Terangguk angguk kepala mereka kerana faham.

"Nak kitorang jadi bodyguard tak? Bahaya perempuan sorang sorang." Offer Kyle dan memandang Hendri ingin keizinan. Sebaik Hendri angguk, Kyle pandang Aufy semula.

"Ikut la, saya okey ja tak ada la sunyi sangat." Mereka tergelak kecil dan menganguk, disuruh Aufy masuk ke kedai buku.

"Aku tahu kau suka dia Hendri." Mereka hanya menunggu di luar kedai. Hendri mengeluh perlahan.

"Ya memang aku suka dia tapi dia bini orang Kyle dan sampai bila bila aku tak akan dapat memiliki dia."Kyle tepuk bahu Hendri perlahan.

"Tabah la bro in shaa Allah kau boleh jumpa seseorang nanti."Hendri angguk saja dan pandang Aufy yang sedang membelek novel.

"Aku tengok suami dia jaga dia dengan baik. Tengok la dah bertudung. Peluang untuk aku rasanya tak akan ada. Lenyap."

"Sabar la, tak salah kau nak suka isteri orang sebab tu melibatkan perasaan, lain la kau hancurkan rumah tangga diorang tu yang dosa." Pesan Kyle dan dibalas anggukan oleh Hendri.

ZAUJI BRYAN [C]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें