BAB 32

2.2K 126 0
                                    

"Weih Aufy, tengok tu." Tunjuk Deera ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang sedang menghisap rokok. Mereka berdua mengintai disebalik dinding, dapat di agak ada 7 orang disitu.

"Tak sia sia aku bawa mercun mancis harini." Deera menjongket keningnya dan Aufy yang melihat tu teruja.

"Kau bawa berapa kotak?" Soal Aufy perlahan.

"Aku bawa tiga ja. Lagi empat ada dekat rumah. Nak kau sekotak." Aufy menyambut sekotak mercun mancis tu.

"Kita combo jom." Deera tidak sabar mahu membaling mercun tu. Mereka berdua mengambil sorang satu mancis dan diseret ke tepi kotak. Setelah bernyala, dilempar ke arah kumpulan pelajar lelaki tu.

BUM!

"Uhuk uhuk!"
"Oh mak kau meletup"
"Ha kan aku dok kata dahhh!"
"Celaka mana baling ni"

Ada yang tersedak asap rokok, ada yang melatah, ada yang mencarut buatkan Deera dan Aufy tergelak.

"Hampa dua memang cari pasal noh!" Terhenti ketawa dua gadis tu dan tersengih sebelum sempat dua mancis dibaling sekali lagi.

Melompat ketujuh jejaka tu dan mengetap gigi geram.

"Perempuan ni memang nak kena! Kejar diorang!" Arah si ketua, Kyle. Masing masing mula mengejar.

"Mati kita weihh" Deera melajukan langkah nya. Aufy juga turut melakukan hal yang sama.

"Deera sini." Ditarik lengan sahabat nya bila dihadapan mereka ada Idris dengan Hazzim.

"Why aku rasa macam kita kena kepung?" Soal Aufy. Mereka sekarang berada di tengah tengah lapang.

Mata memandang sekeliling dan ketujuh jejaka tu keluar dari belakang dinding yang berada berlainan arah.

"Oh shitt" Deera pandang Aufy dan Aufy pandang nya.

"Kena berlawan pula ke ni?" Aufy angkat bahu tanda tidak tahu dan memandang jejaka jejaka tu yang datang melangkah.

"Kau ingat tak pedih ke hah tersedak asap rokok?!" Jerkah Kyle yang muka nya mula memerah kerana marah.

"Tak tahu." Balasan selamba Aufy buatkan lengannya disiku oleh Deera. Yang kau pergi cabar kesabaran dia lagi kenapa?.

Ketujuh mereka mula mengelilingi Aufy dan Deera. Mata Aufy tajam memandang. Risau jika leka, mereka ditangkap.

ZAUJI BRYAN [C]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora