BAB 26

2.5K 150 0
                                    

Aufy memandang sekeliling dan membuat isyarat pada Deera. Mereka berdua melangkah ke arah pondok usang belakang sekolah.

"Port yang satu lagi tu kenapa?" Tanya Deera dan memandang ke arah wajah Aufy.

"Suami aku dah tahu port situ. Payah lah kalau nak ponteng." Terangguk angguk kepala Deera.

"Nak tak kita kacau dua orang pengawas tu?" Cadang Deera dan senyuman sinis terukir di bibir Aufy.

"Jom. Aku ada bawa bedak dengan lipstick yang aku tak pakai." Dikeluarkan dua barang tu dalam bag nya dan diberi bedak pada Deera.

Kedua gadis tu bingkas bangun untuk ke kelas dua pengawas tersebut. Sesampai saja disana, Ardan dan Luthfi sedang tidur. Disebabkan pelajar lain sedang sibuk dengan dunia masing masing, mereka segera memulakan kerja.

Wajah Ardan dan Luthfi putih melepak dengan bedak dan Aufy melukis wajah Ardan dengan lipstick, setelah itu diberi pada Deera pula.

"Jom cau." Bisik Aufy dan segera kaki mengorak langkah keluar dari kelas tersebut.

MEREKA berdua terjaga dari tidur akibat terdengar bunyi bising akibat ketawa oleh pelajar. Segera kepala dianggkat dengan wajah berkerut hairan.

"Ardan! Muka kau!" Ardan menoleh dan terkejut melihat Luthfi.

"Muka kau pun!" Serentak mereka mencari telefon untuk membuka ikon kamera dan membulat mata mereka apabila wajah diconteng dengan lipstick merah.

Tangan yang berurat tu mengengam penumbuk dengan erat sehingga menimbul urat urat nya. Mata memandang ke arah wajah di cermin tandas dimana sudah dibersihkan.

"Aku syak Aufy dengan Deera." Ardan menoleh ke arah Luth. Hati nya juga seakan mengesyaki kedua gadis tu.

"Cari sampai dapat." Bergerak gerak rahangnya kerana marah yang memuncak. Ardan boleh dikatakan seorang yang cepat panas.

DI sudut lain, Aufy dan Deera terbahak bahak mengetawakan Ardan dan Luthfi. Sakit perut mereka apabila wajah dua jejaka tu diconteng.

"Puas gelak?" Terhenti serta merta ketawa mereka dan menoleh pantas ke arah Ardan dan Luthfi yang berdiri depan mereka. Penumbuk juga digengam erat.

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now