BAB 54

2.6K 104 10
                                    

Aufy hanya melihat mereka yang sedang menguruskan jenazah suami nya di perkuburan.

"Baru sekejap abang pergi, Aufy rindukan abang sangat sangat. Layanan abang. Suara abang." Air mata nya kembali jatuh mengenang kenangan mereka.

Tangan naik menyentuh perutnya. Tidak sempat dia mahu memberitahu Bryan bahawa dia sedang mengandungkan anak mereka.

"Abang, Aufy janji akan besarkan anak kita. Aufy akan ajar dia kuat macam abang." Diusap perlahan perutnya yang baru cecah seminggu.

"Aufy, mari kita balik." Mama Zuria mengusap bahu anak perempuan nya. Dengan langkah berat, dia menoleh seketika memandang ke arah kubur suaminya sebelum mengatur langkah pulang bersama mama.

Tidak disangka kisah cinta kita akan berakhir dengan kesedihan. Kebahagiaan yang diimpikan hanyalah sebuah angan angan.

Buat kamu lelaki pinjaman tuhan, terima kasih kerana hadir dalam hidup ini walaupun hanya sebentar tapi kehadiran engkau membawa satu sinaran.

Tidak pernah terdetik di hati menyesal mengenali mu. Tetapi ini semua sudah menjadi takdir.

Mahu tidak mahu harus ku terima dengan hati yang terbuka. Akan ku ikhlaskan pemergian yang menyakitkan ini.

Kepala didongakkan memandang ke arah langit. Tanpa sedar bibir terukir senyuman manis.

Dahulu kamu menjaga ku dari jarak dekat. Setia menjadi pelindung apabila datangnya ujian.

Sekarang kamu menjaga ku dari atas dan aku tidak akan dapat melihat mu dengan kedua mata ku lagi.

Kenangan yang tercipta akan sentiasa tersemat di dalam fikiran ku. Tidak akan pernah sekalipun aku akan melupakan kamu yang berjaya memiliki hati ini.

"Sayang cintakan awak Zauji Bryan."

Tamat.

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now