BAB 24

2.6K 162 0
                                    

"SAYANGGG!" Geram Bryan dengan isterinya ini. Degil nya Masyaallah ubat susah betul nak makan.

"Makan ubat meh. Macam mana nak lega kalau ubat pun liat nak makan." Aufy mengeleng kepalanya tanda tidak mahu.

"Tak nak! Aufy tak sukaaaa." Dia berlari ke belakang sofa bila Bryan mengatur langkah setapak. Baru setapak dah lari, belum buka langkah seribu kang tak sempat nak lari.

Bryan tarik nafas dalam. Sabar yan sabar. Sudahlah kesabaran nya setipis kertas ditambah pula dengan kedegilan isterinya, boleh emosi dia bergini.

"Aufyka Zahratunissa sayangkan abang takk?" Penuh lembut dan sabar Bryan bertanya pada si isteri. Aufy menganguk pantas.

"Kalau sayang abang, sini makan ubat. Tak makan tak sayang." Dia cuba untuk jerat Aufy dengan cara halus.

"Pahitt." Terjuih bibir Aufy dan mengeleng. Bryan mencengkam rambutnya. Argh mushrooms! Sinilah!.

"Okey tak apa kalau taknak makan." Bryan mengatur langkah ke arah sofa. Rambutnya sudah serabai disebabkan stress dengan Aufy.

Bryan pijak naik ke atas sofa dan melangkah ke arah belakang sofa tersebut. Lengan Aufy sempat dipegang kejap.

"Ha nak lari mana hm?" Ditarik tubuh tu ke dalam pelukkan nya dengan posisi memeluk leher Aufy dari arah belakang.

"Taknak abangg!"

"Kenapa tak nak abang? Tak nak dibelai dah?" Kening Aufy berkerut dan mendongak memandang wajah kacak itu.

"Disebabkan sayang tak nak makan ubat, biar abang guna cara kotor." Ubat tu dimasukkan ke dalam mulutnya dan diteguk air sedikit tanpa melepaskan Aufy.

Dicondongkan sedikit badannya dan disatukan bibirnya dengan bibir si isteri. Setelah dilihat Aufy menelan ubat tu barulah dia melepaskan nya.

Aufy pantas meneguk air di gelas yang suaminya minum tadi sehingga habis.

"Tak aci! Abang kecoh!" Mana mungkin dia akan lepas dari lengan sasa milik Bryan.

"You are stubborn wife, mushrooms. Ingat kesabaran abang tinggi sangat ke?" Kening kanan ternaik tinggi. Tercebik cebik bibir Aufy dan gadis tu mendekati dengan kedua tangan terhulur ke depan.

Hmph!

Tubuh sasa nya didakap oleh si isteri dan dia tergelak kecil. Tak perasan ke diri tu comel, mushrooms?.

ZAUJI BRYAN [C]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz