BAB 8

3.8K 203 0
                                    

Bryan terjaga dari lena nya dan diraba tempat sebelah kosong saja. Dia bingkas bangun membuka lampu dan diatur langkah keluar dari bilik untuk ke perpustakaan.

Masuk saja dia terpandang isterinya yang tertidur di meja perpustakaan. Perlahan lahan tubuh kecil tu didukung untuk dibawa ke bilik.

"SAYANG bangun sekolah." Ditepuk tepuk bahu tu dan Aufy mengeliat kecil.

"Bangun!" Gadis tu bangun dari baringannya dan duduk seketika sebelum bangun dan dia memegang dinding akibat pening .

"Sayang are you okeyh? Tak sihat kita pergi klinik." Aufy mengeleng kepalanya tanda tidak perlu.

"Dah biasa dah." Dia segera melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

AUFY hanya fokus dengan buku nya sahaja dan Bryan melangkah masuk ke dalam kelas.

"Guru math kamu tak hadir harini jadi buatlah kerja kamu sendiri." Masing masing bersorak dan mengeluarkan gadjet masing masing.

"Aufy look, diorang buat promo tablet baruu." Aufy hanya menganguk saja apabila Deera menunjukkan skrin telefonnya.

Aufy hanya menghela nafas perlahan dan dilentokkan kepalanya di meja sambil mata tidak lepas dari buku. Tanpa dia sedar Bryan memandang dirinya sahaja.

Bryan hanya melihat mata isteri nya seperti mahu terlelap itu. Sudah dua hari Aufy tidak menyentuh sebarang gadjet. Ditangan nya sentiasa ada buku nya saja.

NOVEL ditangan dipandang sebelum memasukkan ke dalam kotak.

"Sayang, abang bukan nak halang hobi sayang tapi jangan lah asyik pegang fon ja. Bahagi lah masa sama, sayang kan tak lama lagi nak SPM." Aufy mendongak memandang wajah Bryan dan jejaka tu melutut depannya.

"Abang tak halang sayang nak baca novel tapi jangan paksa diri untuk belajar sampai tak ada rehat. Tak sayangkan abang ke?" Redup mata Bryan memandang. Dia tidak mahu kehilangan isterinya akibat tertekan dengan pembelajaran.

"Kalau tak sayang, Aufy takkan ikut cakap abang." Kotak tu ditutup dan ditolak masuk ke bawah katil.

"Sayang masih marahkan abang?" Aufy menghela nafas perlahan dan mengangkat bahu.

"Entah lah. Aufy tak tahu." Dia bingkas bangun dari duduknya terduduk di atas katil apabila dunia nya seakan berputar.

"Sayang, abang tengok sayang asyik pening ja. Tak sihat?" Disentuh dahi isterinya tidak panas.

"Aufy okey." Balasnya dan kepala digosok oleh Bryan.

"Cendawan kena tidur. Rehat ya." Aufy mengeleng kepalanya tanda tidak mahu.

"Aufy nak pergi perpustakaan." Dia mahu bangun tapi bahunya ditekan.

"Aufyka listen to me. Rest." Ditolak tubuh tu agar baring dan ditarik comforter ke atas dada isterinya.

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now