BAB 13

3.3K 190 1
                                    

"Homework yang saya bagi dah siap ke belum?" Soal Bryan memandang seisi kelas.

"Dah" semua pelajar menoleh ke arah Aufy dan gadis tu berkerut dahi hairan dah kenapa nak kena pandang dia.

"Good Aufy. Come here." Bryan mengeluarkan pen merah nya dan Aufy segera bingkas bangun mendekati meja guru. Jantung sudah berdegup kencang risau ada yang salah.

"Goodjob cendawan." Perlahan suara Bryan dan menyerah buku tu kepada Aufy semula.

"Makasih" Bibir tu tersenyum sehingga anak mata tidak nampak. Eyes smile. Bryan mengetap bibir geram akibat kecomelan si isteri.

"Yang lain?" Masing masing tersengih kerana tidak siap lagi.

"Yang tak siap berdiri." Pelajar disitu mengeluh kecuali Aufy.

"Hamik kau siapa suruh tak siap." Aufy mengetawakan Deera dan sahabatnya menampar bahunya. Bertambah lah Aufy ketawa.

"Aufyka" tegur Bryan dan Aufy menghentikan ketawa nya. Dicantumkan tapak tangan lalu menunduk sedikit kepalanya.

"Sawadikap eh bukan maaf sir." Tergeleng kepala Bryan melihat perangai Aufy.

Aufy memandang ke arah Deera dan gadis tu menjongket keningnya menandakan apa.

"Bila kau nak duduk? Bosan tengok kau berdiri." Deera mengangkat tangannya seakan mahu menampar. Geram dia.

"Gurau jelah. Tapi memang bosan pun aduh." Digosok bahu nya akibat tamparan oleh Deera.

"Kenapa Aufy?" Tanya Bryan bila mendengar gadis tu mengaduh sakit.

"Hah? Tak ada apa pun." Sengihnya.

BADAN direbahkan di sofa. Perlahan lahan mata nya mahu terlelap akibat mengantuk menguasai diri.

"Sayang, abang dah balik. Where are you mushrooms?." Dipandang sekeliling dan mata memandang ke arah sofa ruang tamu.

"Mushrooms?" Dilihat isterinya telelap di sofa dengan pakaian sekolah.

"Sayang, kenapa tidur sini?." Aufy terjaga dari lena nya apabila tangan sejuk tu menyentuh pipi.

"Tidur dalam bilik ya?" Didukung tubuh kecil tu untuk dibawa ke tingkat dua. Isterinya kembali terlelap di dada.

Kasihan mungkin isterinya letih sekolah tadi. Rambut tu diusap sayang sebelum dihadiahkan kucupan.

Baru saja Bryan hendak bangun, tangan kanannya digengam dan dia menoleh.

"Teman lah Aufy." Jejaka tu menguntum senyuman segaris dan dilabuhkan punggung nya semula. Kepala dianggukan tanda dia akan menemani Aufy tidur .

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now