BAB 23

2.7K 158 1
                                    

"Sebenarnya Aufy ni isteri saya. Keluarga kami dah jodohkan kami berdua. Saya datang jadi sir dekat sini pun sebab nak pantau isteri saya dalam keadaan selamat." Jelas Bryan kepada Cikgu Sahima yang duduk di tepi kiri Aufy manakala Bryan di sisi kanan isteri nya.

"Patut lah saya tengok bila Sir nampak Aufy lain macam pandang nya." Bryan mengusap belakang tengkuk nya. Aduhmak macam mana boleh kantoi ni.

"Saya tengok Aufy macam demam. Sir nak bawa dia balik?" Pantas Bryan menganguk. Lagi senang dia nak jaga Aufy.

"Okey boleh." Cikgu Sahima bingkas bangun untuk keluar. Aufy pandang suami nya.

"Kita balik ya, senang abang nak jaga sayang. Come to your hubby meh." Ditarik tubuh tu agar bangun.

"Hubby?" Bryan terus pegang dada nya.

"Lemah jantung sayang panggil macam tu." Aufy menampar bahu itu perlahan dan Bryan tergelak kecil.

SAMPAI saja dirumah, Bryan mendukung Aufy ke dalam. Jangan harap lah dia nak biarkan Aufy jalan sendiri. Sudahlah demam mahu nya jatuh tak pepasal dia nak kena sambut.

"Sayang rehat dulu kalau nak makan apa apa panggil ja abang. Lagi satu, jangan kerap sangat nangis. Abang sayangkan mushrooms." Sempat kedua pipi tu menjadi sasaran nya untuk dicium sebelum kaki mengorak langkah keluar dari bilik.

Mata perlahan lahan tertutup rapat dan dia hanyut ke dalam mimpi. Bryan yang melangkah masuk tu tersenyum melihat isterinya sudah terlena.

Kepala itu diusap sayang dan comforter ditarik ke pinggang Aufy.

"Sleep well mushrooms." Bisik lelaki itu disertai sebuah kucupan yang dihadiahkan di atas dahi Aufy.

Langkah segera diatur untuk ke bilik mandi bagi membersihkan diri yang sudah berlengaih.

Bryan merangkak naik ke atas katil dan disandarkan badannya di kepala katil. Tangan kanan naik mengusap rambut tu perlahan.

Aufy mengalihkan badannnya menghadap Bryan.

"Tenangnya sayang lena, macam tulah diri abang tenang tengok wajah isteri abang ni." Senyuman manis menghiasi bibir merah Bryan dengan tangan kanan menjalar ke pipi gebu itu.

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now