BAB 30

3K 162 6
                                    

"Sayangggg rumah kita ada hantu yang." Kening Aufy berkerut hairan dan mengatur langkah ke dapur.

"Apa yang hantu nya?" Tanya Aufy yang sedang kehairanan. Rumah elok ja tak ada tunggang langang.

"Tu sayang tengok periuk nasi tu bergerak gerak." Aufy memandang ke arah periuk nasi tersebut yang dimana penutup nya terangkat angkat mengeluarkan wap.

Terburai ketawa Aufy sambil tangan memegang kerusi serta tangan kiri memegang perut.

"Yang sayang gelak kenapa? Rumah kita berhantu ni." Makin kuat ketawa Aufy. Berair mata gadis tu dan menarik nafas nya perlahan.

"Itu tanda nya nasi dah nak masak abang. Bukan nya hantu." Dikesat air mata nya akibat ketawa. Letih dia.

"Oh ya eh? Mana lah abang tahu. Masuk masuk dah terangkat angkat macam tu mahu tak terkejut." Terburai sekali lagi ketawa Aufy. Entah kenapa hati nya betul betul tercuit.

"Sayang jangan gelakkan abang. Baby so devil lah." Bryan bercekak pinggang melihat isterinya masih ketawa sehingga memegang perut. Suka lah tu ketawa kan dia.

Bryan mendukung tubuh tu sehingga Aufy menjerit kecil akibat terkejut. Jejaka tu membawa Aufy ke sofa ruang tamu.

"Seronok eh gelakkan abang. Meh sini." Giliran dia pula mahu mengusik isterinya. Geram!.

Dibiarkan Aufy di riba nya. Kedua lengan sasa tu memeluk erat pinggang ramping si isteri.

"Aufy" panggil Bryan.

"Ya"

"Bahagia dengan abang? Selama kita jadi suami isteri ada ke sifat abang yang buat sayang tak suka?" Mata kelabu tu menatap dalam ke arah mata cantik bini nya.

"Aufy bahagia dengan abang dan tingkah laku abang, Aufy suka. Cara layanan abang dekat Aufy lain dari yang lain." Dilentokkan kepalanya di dada tegap tu.

"Jangan berubah hati ya sayang." Pesan Bryan.

"Baiklah Zauji Bryan." Terukir senyuman manis di bibir mereka berdua.

Zauji bermaksud suamiku dalam bahasa arab manakala Zawjati bermaksud isteriku. Sangat sesuai dan indah dalam panggilan suami isteri.

"Abang tak nak cium Aufy ke?" Dipandang wajah kacak tu dan Bryan tergelak kecil. Baru dia sedar harini dia belum mencium bini nya lagi.

"Sini sayang, abang cium dia." Dilabuhkan kucupan di dahi isterinya dengan lama bagi menzahirkan rasa sayang nya.

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now