BAB 49

1.6K 103 0
                                    

"Abang sudah ya? Aufy percayakan suami Aufy." Disentuh bahu tu. Bryan melepaskan leher Dila dan gadis tu terduduk memegang leher nya.

Diraih tubuh Aufy ke dalam dakapannya seakan tidak mahu isterinya kemana mana.

"Kalau kau tak nak aku meletup sekali lagi lebih baik kau berambus! Aku tak nak tengok muka kau faham! BERAMBUS!" jerkahnya kuat sehingga staff diluar juga dapat mendengar nya.

Dila bangun dari duduknya dan mencapai bag sandang sebelum keluar dari bilik tersebut sambil memegang leher.

"Aufy, aku turun dulu kasihan Fazwan dah tunggu lama." Deera berlalu keluar dari bilik tersebut. Niat mereka datang untuk ajak Bryan lunch sekali.

"Shh tenang abang, Aufy sayang dan percayakan abang." Pujuk Aufy dan mengusap belakang jejaka tu yang masih turun naik nafasnya.

"Sumpah sayang abang tak tidur pun dengan dia." Gugur air mata nya apabila terkenang akan riak wajah isterinya sebentar tadi. Sejujurnya dia takut jika Aufy percaya dengan fitnah dari Dila dan pergi tinggalkan nya.

"Abang jangan nangis please. Suami Aufy kan seorang yang kuat. Abang, Aufy percayakan suami Aufy tau. Dah tak nak menangis." Diseka lembut air mata jejaka tu. Buat kali pertama dia melihat Bryan menangis.

"Abang tak nak hilang sayang." Dibawa tangan tu ke pipi nya. Suaranya bergetar. Aufy ukir senyuman dan mendepa kan tangannya.

"Come hug me, feel me. I am Aufy, your wife." Dia meniru ayat suami nya dan jejaka tu terus mendakap erat.

"Dalam rumah tangga kekadang akan ada  ribut yang datang melanda dan orang ketiga akan hadir untuk cuba hancurkan nya. Semua itu adalah ujian dari Allah untuk uji kita sejauh mana kita boleh pertahankan rumah tangga. Selagi hati kita dua saling mempercayai, tak akan ada siapa yang boleh runtuhkannya." Lembut tutur bicara Aufy di tepi telinga Bryan.

Sedikit sebanyak hati dan jiwa Bryan semakin tenang. Dieratkan pelukkan nya. Setelah 5 minit berkeadaan seperti itu, dia meleraikan pelukkan nya.

"Aufy datang ni nak ajak abang lunch dengan Deera dan Fazwan. Tapi mungkin diorang dua dah pergi makan. Kita pergi lunch nak?" Bryan angguk kepalanya dan diukir senyuman manis.

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now