BAB 36

2.2K 131 0
                                    

Deera yang mahu keluar tu terhenti apabila ada geng Eight D'Boy dihadapan pintu kelas.

"Aufy ada? Aku nak jumpa dengan dia kejap." Hendri memandang Deera dengan berharap dan Deera membuat isyarat dalam kelas.

"Jangan pukul dia eh. Aku lapar ni." Deera mengatur langkah untuk ke kantin. Hendri melangkah masuk ke dalam kelas tu dan terpandang Aufy yang sedang tidur.

Di dahi tu ditampal dengan kapas putih disebabkan hentakan siku nya dua hari lepas. Punggung dilabuhkan di atas kerusi sebelah gadis tu.

Tangan kiri naik mengusap rambut tu perlahan.

"Aufy." Lembut nada suara Hendri memanggil. "Aufy" sekali lagi nama tu dipanggil apabila gadis tersebut tiada tanda mahu bangun.

Perlahan lahan mata dicelikkan memandang wajah seseorang. Terkejut dia dan mengangkat muka.

"Aku datang ni aku nak minta maaf apa yang aku buat dekat kau dua hari lepas." Aufy mengeleng kepalanya tanda tidak mengapa.

"Ya tak apa salah kitorang juga kacau geng kau dekat blok belakang tu. Niat nak main main ja." Hendri memandang segenap wajah tu. Di sudut bibir Aufy kelihatan lebam.

"Aku minta maaf sekali lagi." Aufy menganguk kepalanya dan diukir senyuman nipis.

"Kenapa tak keluar makan?" Hendri meletakkan tangan kiri nya belakang kerusi Aufy.

"Tak ada selera nak makan. Kau?" Hendri menjongket keningnya.

"Aku? Dah makan dah sebelum rehat." Tenang dia membalas dan dibalas anggukan oleh Aufy.

"Yelah badboy kan?" Jejaka tu tersenyum kecil.

"Walaupun dahi kau bertampal dan sudut bibir kau pecah tapi langsung tak mencacatkan kecantik kau." Puji Hendri ikhlas.

"Puji ada makna ke?" Aufy mengecilkan mata nya dan lelaki tu tergelak kecil sambil mengeleng.

"Aku ikhlas. Aku minta diri dulu. Sorry again Aufy. " Digosok kepala Aufy sebelum mengatur langkah keluar dari kelas tersebut bersama kawan kawan nya.

Aufy kembali menjatuhkan kepalanya di atas meja dan mata kembali tertutup sebelum hanyut ke dalam mimpi.

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now