BAB 38

2.1K 124 0
                                    

"Urusan kita dua belum selesai lagi Aufy." Terhenti langkah kedua gadis tu dan memandang wajah Ardan dengan Luthfi.

"Kan aku dah cakap it's not ny fault! Memang aku makan pisang tapi bukan aku yang buang." Bengang Aufy bila Ardan masih mahu menyalahkannya. Dia tahu lah dia nakal tapi dia tak biadap buang kulit pisang merata tempat.

"Kau ingat aku akan percaya dengan tipu helah kau tu?" Ardan mengelilingi kedua gadis tersebut.

"Apa masalah kau Ardan? Aufy dah cakap bukan salah dia yang kau tetap nak salahkan dia kenapa?" Deera juga turut bengang dengan ketua pengawas ni. Macam mana lah cikgu boleh lantik dia jadi pengawas?.

"Kau tak ada bukti yang kau tak salah right? Aku jatuh terduduk disebabkan terpijak kulit tu dan kau muncul dengan makan pisang yang tak ada kulit nya. How honey?" Ardan menjongket keningnya disertai senyuman sinis di bibir.

"Tak ada guna cakap dengan orang yang bodoh macam kau!" Lantang suara Aufy. Mujur tiada pelajar lain di kawasan tersebut. Jika tidak pasti heboh lagi.

Leher Aufy dicekik oleh Ardan. Jelas wajah jejaka tu menunjukkan dia marah bila ada yang meninggikan suara.

"Lepaskan kawan aku lah!" Deera cuba untuk melepaskan nya tapi ditolak kasar oleh Ardan sehingga dia jatuh terduduk.

"Pegang dia." Luthfi hanya ikut saja arahan kawan nya.

"L...lepaskan Aufyy" Cengkaman Ardan di leher nya semakin lama semakin kuat dan menyukarkan nya untuk bernafas.

Bugh!

Ardan terhumban ke tepi akibat ditumbuk oleh seseorang dan Aufy jatuh terduduk mencari nafas. Luthfi terkelu melihat orang dihadapan nya sekarang.

"Kau nak bunuh dia?" Mata kelabu dengan kening yang terukir tajam memandang tepat ke arah Ardan yang mengesat darah di bibir nya.

"Sir?" Bryan ukir senyuman sinisnya. Rantai yang Aufy pakai di leher nya automatik menghantar signal pada nya jika Aufy dalam keadaan bahaya.

Gadis tu mungkin berfikir itu rantai biasa tapi tidak sama sekali. Dari awal dia sudah syak bahawa Aufy akan selalu dalam bahaya disebabkan kenakalan nya.

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now