BAB 19

3.2K 168 3
                                    

Contoh rambut Aufy👆

"sayang, mana rambut cendawan sayang tu." Soal Bryan yang masuk ke dalam dapur. Aufy menoleh ke arah nya.

"Macam ni ke?" Ditarik beberapa helaian rambut ke dahi dan dibawa masuk rambutnya ke dalam baju belakang. Rambut isterinya juga lebat dan tebal.

Tersenyum Bryan melihat sebelum digosok kepala isterinya perlahan.

"Syomell." Puji Bryan dan Aufy menayangkan sengihan.

"Kenapa sayang selalu buat rambut macam tu?" Tanya Bryan ingin tahu dan duduk di kerusi meja makan.

"Sebab rimas bila tunduk ja rambut mai ke depan." Diletakkan segelas air nescafe depan suaminya.

"Terima kasih sayang." Aufy menganguk sebagai balasan.

"Sayang tak nak orang tahu yang sayang isteri abang?" Aufy diam seketika memandang suami nya dan mengeleng tanda tidak mahu.

"Biarlah rahsia dulu. Sampai masa yang tepat kita bagitahu." Jejaka tu hanya menganguk menyetujui.

AUFY mendekati ke arah Deera dan ditepuk bahu gadis tu. Terkejut Deera bila ada yang menyentuh bahu nya.

"Aish kau ni mahu luruh jantung aku." Aufy tergelak kecil.

"Maaflah, kau kenapa berdiri dekat sini?" Soal Aufy apabila Deera berdiri di papan kenyataan.

"Aku tunggu kau lah kan harini ada sukan jom kita main frisbee nak tak sekejap lagi?" Cadang Deera dengan kening yang dijongket berkali kali.

"Aku okey ja." Diberi kata putus dan lengan nya dotarik untuk ke tempat sukan.

MASING masing bermain dengan seronok tanpa merisaukan sebarang resiko. Deera melempar frisbee yang ia pegang dan benda tu meluru ke arah Aufy.

Gadis tu pantas berlari mahu menangkap tapi ia terbang semakin jauh sehingga ada tangan lain yang menangkap benda tersebut manakala dia pula terlanggar tubuh tinggi lampai.

Pantas kepala didongakkan memandang siapa. Rupanya lelaki yang menolaknya ke dinding tempoh hari.

"This." Mikael memberi pada Aufy namun sebaik gadis tu pegang, ia menarik ke belakang sehingga tubuh Aufy melekat padanya.

Dilempar frisbee tu kepada Deera sebelum tubuh kecil Aufy pantas didukung olehnya.

"Lepaskan aku mika!" Dia meronta tapi lelaki tu mengendahkan nya saja. Deera yang sudah menyambut frisbee tadi mula membuka langkah mencari seseorang.

ZAUJI BRYAN [C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang