BAB 29

2.5K 142 0
                                    

Pintu yang dibuka buatkan Aufy menoleh memandang sosok tubuh suaminya yang melangkah masuk.

Dahi si isteri dikucup sayang sebelum melabuhkan pungung di sebelah gadis tersebut.

"Okey tell me apa jadi? Sayang buat apa?." Kening kanan nya terangkat tinggi. Aufy mengemam bibir nya.

"Aufy conteng muka Ardan." Terlepas ketawa kecil dari mulut Bryan. Aish la sayang, cari pasal sungguh.

"Lepastu apa jadi?" Tanya lelaki itu lagi  dengan mata tidak lepas memandang wajah cantik tu.

"Dia tengking Aufy. Dia cakap kalau bukan disebabkan Aufy perempuan dah lama dia lempang pipi Aufy." Bryan mengusap pipi gebu itu.

"And then you cry right? Alolo meh sini peluk abang."  Aufy masuk dalam dakapan hangat suami nya.

"Lain kali jangan nakal nakal ya baby mushrooms. Suka sungguh buat masalah. Abang nak bagi cikgu cikgu tahu lah yang sayang bini abang. Senang kalau sayang masuk bilik disiplin terus abang datang jumpa." Aufy mencebik bibirnya dan membenamkan wajah di dada tegap itu.

"Aufy bosan ja hmm." Bryan mengusap belakang isterinya dengan sayang. Dicium rambut tu sebelum digosok perlahan.

AUFY membuat isyarat pada Deera untuk ke cafe akibat perut yang terasa lapar. Semasa masuk ke dalam cafe, dia berhadapan dengan dua orang gadis iaitu Linda dan Balqis.

"Aku bukan apa lah, aku nampak kau dengan Sir Bryan kemain rapat ya? Ada hubungan apa? Pakwe makwe?" Linda mengelilingi Aufy dan Deera.

"Urusan kau dengan aku apa? Wajib nak kena tahu?" Aufy mengangkat keningnya tinggi.

"Aku bagi warning dekat kau. Jauhkan diri dari Sir Bryan atau kau akan dapat something special dari aku." Keras amaran yang diberi oleh Linda tapi Aufy hanya beriak selamba melintasi nya.

"Dah pehal minah tu? Nak bagi amaran bagai. Lantak arh nak dekat dengan siapa pun." Deera menjulingkan mata nya tanda menyampah.

"Biasalah perempuan." Balas Aufy tenang. Kenapa dia kena kesah benda remeh tu? Lagipun yang menjadi pemenang nya adalah dia. Kerana dia isteri yang sah.

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now