BAB 17

2.9K 165 0
                                    

Aufy mengajak Deera untuk ponteng kelas memandangkan subjek Math membuatkan dia rasa tidak suka.

"Bagi aku panjat dulu." Deera memanjat pagar tu dan selamat turun. Giliran Aufy pula. Namun tidak sempat mahu lompat ke arah seberang, baju belakangnya ditarik sehingga dia terjatuh di atas rumput.

"Aduhhh" sakit punggung nya.  Didongak memandang wajah lelaki itu.

"Ponteng lagi?" Ardan memandang wajah putih Aufy yang berkerut sakit akibat hentakan di punggung. Deera disebelah sana sudah gelisah apabila Aufy tertangkap mahu tidak mahu dia masuk semula.

"Ikut kitorang." Ditarik lengan Aufy agar bangun dan diheret untuk ke bilik disiplin manakala Deera diheret oleh Luthfi.

"Lepaslah!" Direntap tangannya dan Ardan menoleh ke arah gadis tu.

"Kau ni tak serik serik! Asyik nak ponteng ja kerja!" Jerkah Ardan lantang ke arah Aufy yang membalas renungan tajam jejaka tu.

"Ikut suka hati aku lah nak ponteng ke apa! Kau tu yang penyibuk!" Aufy turut menjerkah Ardan.

"Tak guna kau perempuan!"

Pang!.

Terteleng wajah Aufy apabila mencabar kesabaran Ardan yang meluap luap. Aufy memegang pipi nya yang kebas dan hujung bibir berdarah.

"Apa kau buat ni Ardan!" Terkejut Deera menyaksikan adegan itu. Ni kalau suami Aufy tahu nazak Ardan dikerjakan.

"Kau diam Deera. Aku dah lama nak ajar perempuan ni!" Turun naik nafas lelaki tu dan Aufy pandang dia dengan mata yang berair akibat pedih menerima tamparan maha hebat itu.

"Apa nasib isteri kau bila dapat suami macam kau yang ajar guna kekerasan terhadap kaum perempuan!" Menajam mata Ardan ke arah Aufy.

"Dasar dayus!" Tangan Ardan mahu naik melempang wajah Aufy lagi tapi pintu disiplin tu dibuka.

"Apa yang jadi ni? Sampai luar boleh dengar?" Datar suara Bryan dan mereka meneguk air liur tambah lagi Aufy yang mulai takut jika Bryan nampak sudut bibirnya.

"Apa jadi?" Soal nya sekali lagi dan mata memandang ke arah isterinya yang memandang ke arah lain.

"Aufy." Gadis tu nenoleh sedikit saja. Bryan mendekati dan menarik wajah itu agar memandang nya. Menyerbu darah Bryan melihat bibir isteri nya pecah.

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now