BAB 15

3.1K 183 0
                                    

"Hai Aufy sorang je ke?" Soal Mikael dan berjalan seiringan dengan Aufy dengan kedua tangan disilang ke belakang.

"Tak da lah. Malaikat kiri kanan." Dipandang menyampah ke arah Mikael.

"Muka dah cantik tapi belagak. Hey." Ditolak tubuh Aufy ke dinding dan dikepung gadis tu.

"Apa kau nak hah mika?" Tajam mata Hazel tu memandang wajah lelaki dihadapannya sekarang. Dia terpaksa mendongak disebabkan ketinggian Mika yang agak tinggi dari nya.

"Susah sangat ke kau nak terima aku Aufy? Aku cintakan kau dah lama."  Dirangkul pinggang tu agar dekat dengannya dan Aufy sedaya upaya menolak nya jauh tapi lagi ditolak lagi erat lelaki ni memeluknya.

"Lepaskan aku lah mika!" Risau pula jika ada pelajar lain yang nampak kang tak pepasal timbul kes fitnah.

"Aufy" lembut suara tu memanggil.

"Aku sayangkan kau." Mata Mikael yang memandang nya cukup buat dia terkejut apabila disebalik mata tu penuh dengan nafsu syaitan.

"Lepaskan aku Mika!" Ditolak tubuh tu dan berhasil membuatkan Mika terdorong ke belakang.

"I want you honey!" Mikael meluru dengan sisi kepala Aufy dipegang bersiap sedia mahu meragut keperawanan bibir mungil tu.

"Aufyka! Mikael!" Terhenti tindakkan jejaka tu dan mereka berdua menoleh memandang wajah Bryan yang cukup ketat. Niat mahu singgah tandas tapi tidak sangka matanya menyaksikan adegan yang menyakitkan hati.

Aufy tolak Mika jauh dan berlari mendapati Bryan. Jejaka tu menarik lengan Aufy pergi dan gengaman di tangan si isteri sangat erat.

MEREKA berdua masuk ke dalam sebuah bilik yang hanya Bryan sorang saja mempunyai kad access.

"Apa kau buat dengan jantan tu? Bercium ciuman depan tandas?!" Meninggi suara Bryan kepada isterinya yang mengigil takut.

"Aish! Aku tak faham lah kalau nak benda tu kau boleh bagitahu aku lah! Tak payah mengemis minta dekat orang lain!" Jerkahnya dan Aufy terhinjut bahu akibat terkejut. Dia hanya duduk menunduk di sofa.

"Abangg" kepala didongakkan memandang wajah bengis tu. Mata yang berair mampu luluhkan sekeping hati yang tengah panas.

"Aufy tak salah. Dia yang nak c..cium Aufy." Tersedu sedan gadis tu menangis depan suami nya.

Bryan berdiri depan isterinya. Kedua bahu tu dipegang olehnya.

"Pandang abang mushrooms." Aufy mengangkat muka. Air mata itu dikesat dan dicium.

"Dia buat apa lagi dekat Aufy?"

"Dia rangkul pinggang Aufy. Dah cuba tolak tapi dia datang dekat Aufy nak cium Aufy." Dipeluk erat pinggang Bryan dan lelaki tu mengusap belakang kepala si isteri.

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now