BAB 20

2.8K 163 0
                                    

Diletakkan tubuh Aufy ke atas meja yang terdapat dalam bilik stor tu dan dikepung sisi dan kanan nya.

Menitik peluh Aufy ke pipi nya dengan mata memandang tepat mata hitam Mikael yang merenung tajam.

"Apa kau nak?" Soalan Aufy membuatkan bibir lelaki tu mengoyak senyuman sinis.

"Aku nak kau Aufy. Dah lama aku tunggu saat ni." Kedua pipi tu dicengkam sederhana kuat. Aufy mengeleng kepalanya tanda tidak mahu dengan tangan cuba melepaskan cengkaman di kedua pipi.

Pantas saja bibir basah milik Mikael menyentuh lembut bibir Aufy. Membulat mata gadis tu dengan air mata mula meluncur laju.

'Abang selamatkan Aufy!' hati kecilnya menjerit memanggil nama suami nya. Rasa jijik apabila tidak dapat membebaskan diri dari jejaka ni. Dia tidak boleh menendang Mikael kerana dari awal kedua kaki nya dicengkam oleh tangan kiri lelaki itu.

Mata hitam tu menatap penuh nafsu setelah melepaskan pautan nya. Terukir senyuman sinis di bibir nya setelah apa dia mahu sudah dia dapat.

"Lembut bibir kau Aufy. Dah lama aku perhati dan harini aku dah dapat rasa." Dia tergelak sehingga memenuhi ruangan bilik stor tu.

"Lepaskan aku!" Ketawa Mikael terhenti dan matanya mencerlung tajam. Digeleng kepalanya berkali kali.

"Tak akan sesekali aku lepaskan kau Aufy." Pintu bilik stor tu ditendang dari arah luar membuatkan mereka menoleh melihat wajah Bryan yang cukup tegang dengan rahang yang bergerak gerak.

Tanpa berlengah, wajah Mikael ditumbuk olehnya. Dia sekarang sudah tidak kesah dengan gelaran guru pada nya.

"Kau bangun!" Ditarik koler baju mikael agar bangun. Sorotan mata kelabu tajam ke arah mata hitam jejaka dihadapannya.

"Yang kau sentuh, yang kau cium, yang kau dukung ni." Jari telunjuk kanan nya menunjuk ke arah Aufy yang comot dengan air mata.

"Isteri aku!" Ditumbuk rahang Mikael dan tangan kiri lelaki tu dipatahkan olehnya sehingga raungan Mikael hanya melodi untuknya.

"Kau tengok sini!" Mikael memandang Bryan yang berdiri tepi Aufy dengan samar samar. Jejaka tu mencium bibir mungil Aufy depan Mikael menunjukkan bahawa gadis ini miliknya, isteri nya!.

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now