BAB 18

2.9K 167 0
                                    

"Siapa tampar Aufy?" Nada suaranya tidak ubah seperti percakapan seorang suami kepada isteri bukan guru kepada pelajar.

Pantas saja jari Aufy menunjuk ke arah Ardan apabila wajah Bryan tegang sahaja sehinggakan timbul urat leher.

Lelaki tu menoleh dengan pandangan tajam sehingga mereka bertiga kecut perut tatkala mata kelabu tajam sahaja.

"Yang berhak sentuh dia, keluarga dia dan.." Bryan mengatur langkah ke arah Ardan dengan rahang bergerak gerak.

"Suami dia." Sambung Bryan. Ardan yang melihat mata kelabu tu kecut perut dibuatnya.

"Keluar." Bercicit tiga orang tu keluar dari bilik disiplin kini tubuh tinggi lampai tu menoleh ke belakang semula.

"Abangg" mencebik bibir tu memandang ke arah nya.

"Alolo my mushrooms!!" Didekati ke arah isterinya dan ditekup kedua pipi pau tersebut.

"It's hurt mushrooms? Nak abang rawat?" Aufy menganguk kepalanya dan Bryan segera mengambil first aid kit.

"Sini duduk sini." Ditepuk tempat sebelahnya. Sisi kepala Aufy dipegang lembut.

"Berani betul budak mentah tu sentuh isteri abang." Bryan mendengus nafas kasar.

"Tak ada orang berani tampar Aufy." Mata cantik tu berair memandang dirinya.

"Shh sini abang peluk sayang." Didakap erat tubuh kecil isterinya.

"Tenang Zawjati" Diusap rambut panjang tu dengan sayang. "Abang ada dengan sayang." Sambung Bryan.

"Nak abang hilangkan sakit dekat pipi tu?" Aufy menganguk kepalanya tanda mahu walaupun tidak tahu apa Bryan mahu lakukan.

Chup.

Sebuah kucupan hinggap di pipi pau itu. Terkebil kebil mata Aufy melihat suami nya.

"Sakit lagi? Nak lagi?" Senyuman nakal menghiasi bibir jejaka tu dan dia mendapat cubitan di peha sehingga dia menjerit kecil.

"Abang ni memang miang kan." Bryan mengusap peha nya yang menjadi cubitan ketam Aufy.

"Dengan sayang ja abang miang. Dengan orang lain kang nanti sayang cemburu." Dijongket keningnya berkali kali. Sengaja mahu mengusik lagipun tidak mahu dia miang dengan perempuan lain.

Isteri nya saja sudah cukup untuknya. Bagi nya Aufy ada lah bidadari syurga yang dikirimkan oleh Allah untuk nya.

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now