BAB 34

2.1K 132 1
                                    

"a..aku minta maaf aku tak dapat kawal." Hendri mahu memegang Aufy tapi ditepis oleh Deera.

"Sebagai ganti, aku nak kau lawan sorang lagi." Kelapan jejaka tu berkerut dahi hairan. Dengan siapa diorang perlu lawan lagi? Perempuan?.

"Kau nak suruh aku belasah perempuan lagi macam sahabat kau?" Deera mengeleng kepalanya tanda tidak dengan memangku Aufy.

"Aku nak kau lawan dengan suami Aufy." Terkejut kelapan mereka. Aufy ada suami? Siapa?.

"Bryan."

"Hah?!!"

"Apa dah jadi ni? Deera? Oh shit sayang."  Serentak mereka menoleh ke arah Bryan yang melangkah mendekati. Dia ke situ kerana dia menyuruh seorang pelajar mencari keberadaan isterinya disebabkan jam sudah mahu pulang.

"Sayang" Bryan menepuk pipi tu. Berangin satu badannya bila melihat seluruh wajah tu.

"Siapa yang berani sentuh isteri aku!" Kuat dan lantang suara seorang Bryan. Dia bangun dari cangkungan nya dan menoleh memandang wajah kelapan jejaka tu.

Turun naik nafas Bryan dengan kedua tangan terkepal erat. Urat di lengan serta leher tercetak jelas.

"Hendri" Pantas mata Bryan memandang ke arah lelaki tu setelah mendengar nama yang disebut oleh Deera.

"S..sir saya minta maaf sir." Mohon Hendri dengan wajah sudah cuak melihat rahang Bryan bergerak gerak.

"Masa kau cederakan Aufy, ada kau sebut perkataan maaf? Tak kan? Kau belasah isteri aku." Dicengkam koler baju Hendri dan ditumbuk wajah tu sekuat nya.

"Sir saya minta maaf sir." Bryan mengendahkan nya dan terus membelasah Hendri tanpa niat mahu berhenti.

"Apa kita nak buat sekarang? Sir diluar kawalan." Kata Hazzim. Mereka bertujuh tidak tahu mahu buat apa.

"Aufy, bangun lah kau kena hentikan suami kau ni." Perlahan lahan mata Aufy terbuka. Dia tidak pengsan cuma pejamkan mata menahan sakit.

"Abang." Panggil Aufy dan pengerakkan Bryan terhenti. Pantas saja jejaka tu menoleh.

"Aufy!" Suami nya berlari mendekati dan wajahnya dipegang oleh tangan besar tu.

"Sini abang dukung. Kita pergi hospital." Didukung tubuh tu secara berhati hati. Bryan menoleh ke arah Deera.

"Deera? Kamu nak ikut rawat sekali?" Deera mengeleng kepalanya tanda tidak perlu.

"Tak apa saya sikit ja. Sir bawa lah isteri sir pergi rawat." Bryan menganguk dan mengatur langkah pergi dari situ.

Hendri dibantu oleh kawan kawan nya untuk bangun. Teruk dia dibelasah oleh Bryan. Tidak sikit pun diberi peluang untuk membalas.

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now