Bab 4

9.2K 384 35
                                    

HAYYAN yang tengah membuat kerja terhenti apabila pintu biliknya di ketuk dari luar.

"Masuk!" Arahnya ringkas.

Salwa masuk ke dalam pejabat bosnya setelah mendapat keizinan.

"Hah kenapa Salwa?" tanya Hayyan yang masih sibuk menulis sesuatu di atas kertas.

"Bos, sebenarnya saya ada benda nak bagi dekat bos."

Hayyan berhenti menulis, kepalanya mendongak memandang Salwa. Salwa melihat bosnya memberi tumpuan kepadanya terus menghulurkan kedua sampul surat. Dia berharap bosnya tidak marah akan keputusannya.

"Apa ni?" Hayyan membuka salah satu sampul surat. Kad yang ada di dalam sampul itu di tarik keluar.

Automatik bibirnya mengukir senyuman apabila melihat kad jemputan kahwin dari Salwa.

"Congratulations Salwa" Hayyan memasukkan kad jemputan itu ke dalam sampul surat kembali.

"Terima kasih bos. Tapi sampul yang satu tu lagi, bos bukalah." Pinta Salwa dengan debaran.

Hayyan mencapai sampul surat kedua. Kertas yang berlipat di ambil di dalam sampul. Berkerut dahinya membaca isi surat tersebut.

"Awak betul-betul nak berhenti ke Salwa?" tanya Hayyan meminta kepastian lagi.

Dia bukan apa, dia sedikit risau apabila Salwa berhenti. Salwa sudah lama bekerja dengannya. Semua Salwa tahu tentangnya. Kerja Salwa pun dia suka. Susah nak cari pekerja baru macam Salwa.

"Betul bos, saya perlu berhenti kerja selepas kahwin nanti. Suami saya bekerja dekat Paris jadi saya perlu ikut dia ke sana." Terang Salwa serba salah.

Salwa pun sedih sebenarnya nak berhenti, tetapi di perlu mengikut bakal suaminya balik ke Paris selepas mereka menikah.

"Okey." Hayyan mengangguk kepalanya.

"Awak berhenti hujung bulan ni kan?" tanya Hayyan untuk kepastian.

"Ya bos, hujung bulan baru saya berhenti. Bos jangan risau tentang penganti saya, nanti saya iklankan jawatan kosong dekat mana-mana web. Saya sendiri yang akan ajar dia sampai dia faham skop kerja saya." Terang Salwa dengan senyuman.

"Baiklah, saya nak penganti awak tu sebijik macam awak. Saya tak nak pekerja yang makan gaji buta dan gatal merenyam. Cukuplah pekerja saya yang lain jadi ulat bulu, saya tak nak PA baru saya nanti macam tu juga." Hayyan memberi pesanan kepada Salwa.

"Baik bos, bos jangan risau. Nanti saya cari PA baru bos sebijik macam saya." Salwa ketawa kecil.

"Okey, kalau boleh awak iklankan sekarang. Saya nak dia masuk minggu ni juga. Saya nak awak ajar dia semua benda."

"Baik bos! Kalau macam tu saya keluar dulu." Salwa meminta izin untuk beredar.

Hayyan hanya mengangguk lalu menyambung kerjanya yang terbengkalai.


WIDELIA yang tengah berbaring di atas katil mengeluh berat. Hari ini genap seminggu dia menanam anggur. Seminggu ini juga dia berusaha mencari kerja kosong tetapi tiada.

Dia bertekad, minggu ini dia harus bekerja juga. Dia tak kisah kerja apaupun, apa yang penting dia perlu bekerja. Kalau dia masih juga tidak bekerja dalam masa seminggu ini, kemungkinan besar abahnya akan memaksanya habis-habisan untuk bekerja di syarikat keluarga mereka.

Widelia mengambil iPhonenya yang berada di atas meja di sebelah katilnya. Laman web di buka lalu dia mencari sebarang kekosongan pekerjaan.

Bersinar anak matanya apabila ada kekosongan kerja sebagai Personal Assistant di satu syarikat. Berkerut dahinya melihat nama syarikat itu terpapar jelas di skrim telefonnya. Ini bukan ke Syarikat paling gah di Kuala Lumpur ke? Hayyan's Go Food merupakan syarikat pengasas makanan yang terkenal. Syarikat itu tidak hanya terkenal di Malaysia malah syarikat itu juga terkenal di serata negara.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now