Bab 6

8K 358 9
                                    

HARI ini adalah hari terakhir Salwa bekerja sebagai personal assistant Hayyan. Dia yang baru selesai menyiapkan kerja yang di beri oleh bosnya duduk termenung memikirkan tentang hari seterusnya tanpa Salwa. Dia dengan Salwa sangat rapat, boleh di katakan setiap masuk waktu makan tengah hari, dia pasti keluar dengan Salwa.

Esok Salwa sudah tidak masuk kerja lagi. 2 minggu dia bekerja di syarikat ini, semua tentang bosnya dia sudah hafal berkat tunjuk ajar Salwa. Pasti esok harinya suram tanpa Salwa. Nak harapkan bosnya menghiburkan harinya memang taklah. Menyakitkan hati lagi adalah.

Memandangkan kerjanya sudah beres, dia bercadang mahu duduk melepak di meja Salwa sementara menunggu waktu lunch masuk.

Widelia melangkah ke arah meja Salwa.

"Akak!" Widelia menepuk meja Salwa sehingga bahu wanita itu terhinjut.

Salwa yang tengah kusyuk menekan keyboard komputer terkejut dengan sergahan gadis itu.

"Wid... Suka tau bagi akak terkejut. Salwa menjeling geram dekat gadis itu apabila mengejutkannya. Nasib baik tak ada sakit jantung kalau tak, sadaqallah terus.

Widelia ketawa kecil. Terhibur melihat muka terkejut Salwa.

"Kak, banyak lagi ke kerja?" Widelia tarik kerusi di hadapan meja Salwa. Dia melabuhkan duduknya di atas kerusi itu.

"Dah nak siap dah. Kenapa Wid tanya?" Salwa meneruskan kerjanya tanpa rasa terganggu dengan kehadiran Widelia. Dia sudah biasa dengan kehadiran gadis itu bila kerja gadis itu sudah selesai. Dia pun suka ada orang melepak dengannya.

"Tanya je, saya tengah boring. Kerja dah habis perut pun dah lapar tapi masih lama lagi waktu lunch masuk" Widelia mengadu kepada Salwa. Kepala di labuhkan di atas meja.

Salwa ketawa kecil. Budak ni tengah lapar rupanya.

"Malasnya..." Gumam Widelia malas.

Salwa membuka laci mejanya. Ada beberapa bungkus roti gardenia yang bermacam perisa. Di hulur roti berperisa jagunh dan coklat kepada gadis itu. Dia sengaja membeli roti dan di simpan di dalam laci untuk waktu kecemasan seperti kelaparan.

"Nah... Makan roti ni buat alas perut." Salwa hulur dua bungkus roti perisa coklat dan jagung kepada gadis itu.

Widelia angkat kepala. Bibirnya melorek senyuman lebar apabila melihat roti yang di hulur oleh Salwa.

Salwa bangkit dari duduk.

Widelia buka bungkusan plastik roti. Lalu di gigit roti itu dengan gigitan besar. Mulutnya penuh dengan roti. Dia yang leka mengunyah roti terus terhenti mengunyah, dia memandang Salwa hairan.

"Akak nak pergi mana? Orang nak lepak dengan akak lah." Widelia bertanya dengan mulut penuh.

"Pantry jap, nak buat air. Wid tunggu sini kejap." Salwa berura-ura mahu pergi tetapi di tahan gadis itu.

"Tak nak, Wid nak ikut akak." Dia bangkit dari duduk.

"Tak payah, Wid duduk sini takut nanti bos panggil. Biar akak buat air dekat pantry jap." Salwa melangkah pergi ke pantry.

Widelia mengalah dengan arahan Salwa. Dia kembali melabuhkan duduknya. Dia kembali mengunyah roti dengan senang hati.

"Hai awek!"

Tidak sampai beberapa saat dia di sapa oleh dua orang jejaka terkacak. Bersinar matanya apabila melihat Raes bersama Thaqif menghampirinya.

"Haii kacak!" Widelia menyapa dengan teruja apabila melihat kelibat Raes dan Thaqif. Mereka berdua itu adalah kawan baik bosnya.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now