Bab 49

5.2K 256 22
                                    

ALHAMDULILLAH. Pagi tadi hanya dengan sekali lafaz sahaja Hazir dengan Haura sudah sah menjadi suami isteri. Sekarang majlis resepsi mereka di langsungkan di hotel yang sama tempat Hayyan dengan Widelia mengadakan majlis resepsi dahulu.

Hazir dengan Haura masing-masing segak mengenakan persalinan songket bewarna soft green. Kedua mereka sudah duduk di atas pelamin yang cantik terseragam indah. Tangan Haura masih memeluk lengan Hazir.

Hazir memandang wajah sang isteri dengan pandangan penuh bahagia. Bibir Hazir menguntum senyuman paling manis. Di hadiahkan senyuman paling manis kepada wanita yang sudah sah bergelar isterinya pada pagi tadi. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusannya hari ini.

"Finally, we got married dear," ujar Hazir dengan senyuman. Mata kuyunya galak memerhati wajah cantik isterinya.

Haura turut tersenyum. Hari ini, hari yang paling bermakna untuknya. Dia bersyukur di kurniakan lelaki seperti Hazir menjadi suaminya. Lelaki itu menepati janji menghalalkan dirinya.

"Alhamdulillah... thank you," ucap Haura lembut.

"Thank you for?" Berkerut kening Hazir.

"Sebab tepati janji awak. Awak menepati janji awak mahu menghalalkan saya," jelas Haura. Tangannya menggengam jari Hazir.

"Dear, itu memang tugas saya. Awak cinta hati saya. A real man will keep his promise to legalize his woman," kata Hazir dengan senyuman.

"Terima kasih sayang, kerana terima segala kekurangan saya," ucap Hazir lalu mengucup lembut kekura tangan milik isterinya.

"Kekurangan awak melengkapi saya dan kekurangan saya melengkapi awak. Saya tak perlu yang sempurna, cukup yang seiman, mempunyai matlamat yang sama dan saling memperjuangkan. Itu sudah cukup bagi saya. Hanya ada satu kebahagiaan dalam hidup, iaitu mencintai dan dicintai." Bibir Haura tidak berhenti dari tersenyum. Dia tidak mencari yang sempurna, cukup hanya yang setia sehingga ke akhir usia. Itu sudah cukup baginya.

Wais memerhati wajah Hudna yang berada di sebelahnya tengsh leka berborak dengan adiknya. Rancak betul berborak. Mereka sedang menikmati makanan yang telah di sediakan di majlis resepsi Hazir dan Haura.

Widelia yang perasan dengan pandangan abangnya terhadap Hudna terus berpura-pura terbatuk.

"Sayang okey tak ni?" Hayyan bertanya dengan nada sedikit risau apabila isterinya terbatuk.

"Okey," jawab Widelia dengan senyuman. Dia sengaja batuk kerana mahu menyedarkan Wais dari merenung anak dara orang.

Hayyan membuka penutup botol mineral kecil. Air mineral di tuang setengah ke dalam gelas yang di sediakan. Gelas yang berisi air di hulur kepada Widelia agar dapat meredakan tekak.

Widelia hanya menyambut gelas yang  di hulur Hayyan. Orang dah bagi air, minum jelah. Di teguk sedikit air. Hudna di sebelahnya di pandang sekejap sebelum dia memandang Wais tajam. Anak matanya dengan Wais bersabung.

"Mata tu jangan gatal sangat tenung anak dara orang," tegur Widelia dekat Wais tanpa bersuara. Hanya mulutnya saja di gerakkan.

Wais menjuih bibirnya, mata menjeling adiknya. Sibuk je. Kepalanya di paling ke arah lain.

Ehem!

Kali ini, Widelia berdehem kecil sebelum bibirnya tersenyum nakal kepada Hudna. Amboi...

Dalam diam eh, budak berdua ni.

"Wid ingat lagi apa yang akak pernah cakap dekat Wid masa dekat kampung dulu." Bibirnya menyengih nakal. Masih segar di ingatan lagi kata-kata Hudna dulu tentang Wais.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now