Bab 24

6.4K 361 59
                                    

KELAM kabut Widelia bersiap pergi kerja. Selepas solat subuh tadi dia tertidur kembali di atas sejadah. Bangun saja jam sudah pukul 7.30 pagi. Mahu tak mengelabah dia bersiap. Dia hanya mengenakan blouse berwarna hitam dan seluar slack berwarna putih. Di padankan dengan shawl jersey bewana coklat gelap.

Sling bag di ambil lalu dia melangkah ke arah pintu. Laju dia kakinya menuruni anak tangga. Sebaik saja sampai ke tingkat bawah, kakinya laju pergi ke ruang makan.

"Morning ibu, abah." Sapa Widelia kelam kabut. Dia menghulur tangannya mahu bersalaman dengan kedua orang tuanya.

Kelibat Wais dengan Hazir tidak kelihatan. Mungkin mereka berdua sudah pergi kerja.

Puan Wardah menyambut huluran tangan anaknya. Widelia mencium lembut tangan ibunya lalu dia melakukan hal yang sama terhadap abahnya.

"Yang adik ni kelam kabut dah kenapa? Duduklah dulu makan sekejap."Puan Wardah menarik kerusi di sebelahnya untuk Widelia.

"Maaf bu, adik betul-betul dah lambat. Tak sempat nak sarapan," ujar Widelia dengan wajah serba salah. Bukan dia tak nak, dia takut jalan jem sewaktu pergi kerja nanti.

"Hmm yalah, bawa kereta tu hati-hati." Pesan Puan Wardah.

Encik Hamri hanya mampu menggeleng kepala melihat keletah kelam kabut anak daranya itu.

"Adik pergi dulu tau Ibu, abah. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Serentak Puan Wardah dan Encik Hamri menjawab.

Widelia mengambil sebiji karipap lalu di sumbat ke dalam mulut. Dia mengambil lagi sebiji karipap lalu berlari ke arah pintu utama.

"Anak dara awak tu Adah, perangai sebijik macam awak. Kelam kabut. Kalau tak kelam kabut mesti garang macam singa," kutuk Encik Hamri.

"Yalah kalau perangai pelik-pelik semuanya menurun dari saya. Kalau yang baik-baik mesti menurun dari abang. Abang je yang bagus yang paling baik." Puan Wardah menjeling Encik Hamri.

"Alah abang gurau jelah." Garangnya, takut kita.

Puan Wardah mencebik. Bergurau kalau tak menyakitkan hati memang tak sah. Nasib suami. Kalau tak dah lama kena pelangkung pakai kuali.

WIDELIA mengetuk streng kereta mengikut rentak lagu Attention by Charlie Puth. Tengah hadap jem pun dia tetap santai. Sudah setengah jam waktu office berlalu. Dia betul-betul sudah kelewatan. Tapi apa boleh buat, kena bebel pun kena bebel lah. Dah memang salah dia masuk kerja lambat.

Dia memandu dengan kelajuan sederhana. Takut nanti ada yang mendapat. Bak kata bosnya, 'jangan nak jadi pelumba haram atas jalan raya tu.'

Sebaik saja sampai di syarikat. Dia hanya hanya mampu melempar senyuman kecil ke arah rakan sekerjanya yang terserempaknya. Laju kakinya melangkah ke arah lift. Masuk sahaja dia ke dalam lift. Dia melepaskan nafas lega apabila lift terus terbuka sebaik saja dia berada di hadapan pintu lift. Dia melihat jam tangan yang melilit di pergelangan tangannya. Pukul 9:00 pagi, dia betul-betul sudah terlambat. Mahu atau tak dia tadahkan saja telinga mendengar bebelan dari bosnya.

Dia berlari ke arah bilik bosnya mahu meminta permohonan maaf  dekat bosnya.   Dia terlewat turun kerja. Dia terus masuk ke dalam bilik bosny tanpa mengetuk  pintu.

"Sorry bos, saya terlewat masuk kerja," ucap Widelia tercungap-cungap akibat berlari serupa di kejar anjing.

Angkat sahaja kepala, dia terkedu melihat Hani duduk di kerusi berhadapan dengan Hayyan.

"Sorry, saya salah time. Di persilakan duduk berbincang kembali."

Widelia mengundur lalu kakinya laju melangkah keluar dari bilik bosnya. Dia tidak tahu pula yang bosnya ada tetamu. Memanglah kau tak tahu sebab kau masuk kerja lambat.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now