♡❀EPILOG❀♡

7.7K 271 52
                                    

SETELAH selesai menunaikan solat subuh bersama. Widelia terus menyalam tangan suaminya dengan penuh hormat. Sebaik saja dia panggung wajah. Hayyan terus mengucup dahinya lama.

Widelia senyum saat dahinya di kucup Hayyan. Itulah rutin mereka setelah selesai menunaikan solat berjemaah. Bibirnya tidak berhenti tersenyum. Hari ini adalah hari yang paling di tunggu-tunggunya.

"Senyum-senyum dah kenapa?" tanya Hayyan hairan.

Widelia tersengih apabila di tegur. Dia memainkan jari jemari suaminya.

"Abang," panggil Widelia perlahan.

"Hmm kenapa?"

"Abang ingat tak hari ni hari apa?" Widelia menunduk. Dia berharap sangat yang suaminya ingat sesuatu tentang hari ni.

Hayyan mengerut dahinya. Mestilah dia ingat.

"Mestilah abang ingat. Hari ini kan hari isnin. Kenapa sayang tanya?" Widelia geleng kepala laju.

"Tak ada apalah. Haizel tanya je, Haizel lupa hari ni hari apa." Widelia ketawa dengan janggal.

"Ohh..." Hayyan hanya mengangguk kepalanya.

"Tak apalah, Haizel nak turun bawah sekejap. Nak masak untuk sarapan." Widelia terus bangun. Kain telekung di tanggalkan lalu di sangkut di ampaian.

Dia terus keluar dari bilik tanpa memandang suaminya yang masih duduk di atas sejadah.

Seriuslah Hayyan langsung tak ingat hari ni hari jadi dia? Biasa setiap kali hari jadinya, Hayyan adalah orang yang pertama wish hari jadi dia. Paling lewat Hayyan wish hari jadi dia pun selepas solat subuh. Tapi entah, tahun ini Hayyan seperti lupa tarikh hari jadinya.

Widelia mengeluh. Tak apalah Wid, mungkin dia tak ingat kot. Getus hatinya.
Sebaik saja sampai di dapur, dia terus mengeluarkan lebihan nasi semalam. Dia mahu menggoreng nasi goreng kampung dan roti bakar sahaja untuk sarapan nanti.

Hampir setengah jam dia berperang di dapur menyiapkan sarapan pagi untuk mereka anak beranak makan sebentar nanti.

Selesai menghidang makanan. Widelia kembali naik ke tingkat atas mahu bersiap mahu turun kerja. Sampai saja ke dalam bilik, dia terus melangkah ke arah bilik wardrobe. Hayyan yang sedang bersiap di hadapan meja solek hanya di pandang sekilas. Tipulah kalau dia tak terasa hati. Tapi nak buat macam mana, dia tak nak bergaduh dengan Hayyan semata-mata lelaki itu tidak ingat tarikh hari jadinya.

Kemeja berwarna putih dan seluar sleck berwarna coklat cair menjadi pilihannya hari ini. Shawl malas berwarna hitam di turut menjadi pilihanya hari ini. Ringkas saja. Dia masih berkerja seperti biasa.

Sebaik saja menukar pakaian. Dia terus pergi ke meja solek mahu memakai shawl. Hayyan yang sudah selesai bersiap melangkah ke arah isterinya yang berdiri di hadapan cermin meja solek. Pinggang isterinya di rangkul dari arah belakang.

"Kenapa senyap je? Biasanya sayang banyak bercoleteh pagi-pagi macam ni," tanya Hayyan lalu mengucup pipi kanan isterinya.

"Haizel cuma tak larat. Pening sikit itu yang senyap je dari tadi," ujar Widelia.

Betul dia tidak tipu. Bangun subuh pagi tadi kepala dia pening tiba-tiba. Tapi tidaklah teruk sangat. Cuma pening sedikit.

Dia yang sibuk membetulkan shawl yang di pakainya agar kelihatan kemas.

Hayyan terus memusingkan tubuh isterinya agar berdiri menghadapnya. Telapak tangannya menyentuh kedua belah pipi isterinya.

"Lah ya ke? Sayang rehat jelah dekat rumah. Tak payah masuk kerja," ujar Hayyan sedikit risau.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now