Bab 54

4.8K 219 18
                                    

HAYYAN yang sudah segak mengenakan baju kemeja turun ke bawah mencari isterinya yang berada di bawah. Kot yang tergantung di lengan kanannya di letak di atas sofa dan juga briefcase yang turut di letak di atas sofa. Kakinya mengorak ke arah dapur. Bauan nasi goreng kampung menyapa hidungnya. Meja makan di hampiri tetapi tiada kelibat isterinya.

"Sweetheart." Panggil Hayyan dari meja makan.

"Haizel dekat dapur!" Laung Widelia sedikit kuat dari arah dapur.

Kaki Hayyan melangkah ke dapur. Matanya menangkap gerak geri isterinya tengah membasuh bekas kotor di singki.

"Kenapa?" tanya Widelia sebaik saja Hayyan berdiri di tepinya.

Dia sibuk mencuci bekas kotor yang telah di gunanya semasa memasak tadi.

"Jom, kita sarapan. Barang tu biar je dekat dalam singki, nanti abang cuci," ujar Hayyan.

"Abang pergilah sarapan dulu. Nanti Haizel sarapan." Tolak Widelia. Dia tidak mahu kerjanya tertangguh. Lagi pun barang yang mahu di cucinya tinggal tidak banyak lagi.

"Jomlah teman abang, kita makan sekali."

"Alah... abang pergilah makan dulu, nanti Haizel datang makan sekali."

"Tak nak! Abang tak akan makan selagi sayang tak makan."

"Yalah-yalah." Mahu atau tidak, Widelia terpaksa akur. Tangan yang masih berbuih di cuci dengan air.

"Barang tu biar je, nanti abang tolong cucikan," ujar Hayyan lalu memimpin isterinya pergi ke meja makan. Kerusi di tarik untuk Widelia.

Widelia hanya menurut tanpa membantah. Dia duduk di kerusi yang di tarik Hayyan untuknya. Hayyan turut duduk di sebelahnya. Belum sempat dia mahu mencedok nasi goreng kampung ke dalam pinggang, Hayyan terlebih dahulu mencedok nasi goreng untuknya dan juga milik Hayyan sendiri. Widelia hanya memandang Hayyan yang kacak berbaju kemeja putih. Nampak kacak pula Hayyan hari ini di matanya. Sebelum ini suaminya memang kacak, tapi hari ni terlebih kacak. Tanpa dia sedar bibirnya tersenyum apabila merenung Hayyan.

"Dah kenapa pandang abang macam tu? Senyum-senyum pula tu," tegur Hayyan apabila sedar yang dirinya di tenung isterinya.

"Tak ada apa, abang hari ni nampak terlebih kacak." Puji Widelia selamba. Sekali lagi dia tenung Hayyan bagai nak tembus. Dari rambut sehingga ke dada Hayyan dia tenung. Tapi... Kacak-kacak macam ni mesti ada orang usha laki dia nanti. Tak boleh jadi ni, nanti ada mata perempuan gatal asyik usha Hayyan. Berubah muram wajahnya.

"Tadi senyum, sekarang ni dah kenapa muram pula?" tanya Hayyan hairan. Risau pun ada juga. Dia menyuap nasi goreng ke dalam mulut. Sebelum makan, dia sudah membaca doa makan.

"Tak masalahnya ni, kenapa abang kacak sangat hari ni? Kacak-kacak nak pergi mana?" tanya Widelia tidak berpuas hati.

"Lah... abang nak pergi officelah. Nak pergi mana pula," jawab Hayyan sedikit hairan. Berkerut dahinya apabila di tanya seperti itu. Wajah seperti tidak berpuas hati isterinya di pandang dengan kerutan.

Tiba-tiba Widelia menangis tanpa suara. Air mata di kesat kasar. Dah kenapa pula hati ni sedih sangat.

Hayyan yang mahu menyuap nasi goreng untuk kali ketiga terhenti apabila melihat pipi isterinya basah. Lah dah kenapa pula menangis.

"Kenapa sayang menangis?" Hayyan menarik lembut tangan isterinya yang berada di atas meja.

Makin lebat air mata Widelia turun saat di tanya Hayyan. Masalah betul. Widelia sendiri binggung kenapa dia mengada.

"Hei, sweatheart... kenapa ni?" tanya Hayyan sekali lagi. Tangannya menyeka air mata isterinya yang mengalir di pipi.

"Abanglah... kenapa kacak sangat." Widelia menyedut hingusnya yang hampir-hampir mahu terkeluar. Tak senonoh betul.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now