Bab 58

5.2K 249 66
                                    

SPLASH!

Widelia tersedar dari pengsan apabila mukanya di simbah air dengan kasar. Tersedak dia apabila air termasuk ke dalam lubang hidung.

"Bangun!" Arah Phong keras. Baldi yang sudah kosong di lempar ke tepi dengan kasar.

Perlahan-lahan Widelia membuka mata. Wajah Phong menghiasi pandangan matanya.

"Bangun dan makan." Arah Phong ringkas. Phong menunduk lalu tangan dan kaki Widelia yang di ikat di bukanya.

Widelia tidak membatah. Di ikut arahan Phong walaupun hati berdongkol geram. Perlahan-lahan dia bangun dari baringan. Tubuhnya lemah, tenaganya berkurang. Makanan dan air mineral kecil yang berada di tepinya di pandang sekilas.

Setelah Phong membuka ikatan tangan wanita itu, dia terus keluar dari bilik tanpa banyak bunyi. Pintu kembali di kunci.

Widelia mengeluh berat. Seluruh tubuhnya berasa sakit kerana terlalu lama berbaring. Dia mengusap lembut perut apabila perutnya berbunyi di sertai dengan tendangan si kecil dari dalam perut. Dia sendiri tidak pasti, sudah berapa lama dia tidak menjamah nasi dan minum air.

"Kesian sayang mana, lapar ya." Widelia mengelus lembut perutnya apabila merasa tendangan si anak.

Plastik yang berisi tapau dan air mineral di ambil. Dia harus makan demi anak di dalam perut walaupun dia tiada selera mahu makan. Baru hari ini dia menjamah nasi.

Nasi campur di suap ke dalam mulut. Dia hanya makan untuk menghilangkan rasa lapar saja. Hanya separuh saja makanan di makannya. Air mineral di buka lalu di teguk rakus. Tekaknya kering.

Setelah makan, Widelia duduk bersandar di dinding. Jam tangan yang elok terlilit di pergelangan tangannya di tilik. Sudah pukul 7:40. Dia tidak tahu sekarang ini pagi ataupun malam kerana dia langsung tidak dapat melihat dunia luar. Bilik yang di duduki langsung tiada tingkap.

Widelia tertawa sinis kerana selama ini dia di perbodohkan. Dia tidak menyangka selama ini dia di ugut oleh orang yang paling dekat dengannya.

"Kesian kau Widelia." Widelia tersengih sinis. Air mata jatuh setitis.

Pathetic.

Orang yang sudah di anggap keluarga sendiri sanggup menyiksanya. Dia kecewa, terlalu kecewa kerana si Dia.

"Kenapa?" Widelia bertanya kepada diri sendiri. Tangannya memukul bahu sendiri berkali-kali. Sakit.

Hatinya sakit.

"Kenapa orang yang kau anggap keluarga kau sendiri, sanggup siksa kau Wid?" Berkali-kali Widelia memukul bahunya sendiri.

Percayalah, kalau di kala dia memukul bahunya sendiri. Dia terlalu sakit dan kecewa.

Widelia menunduk, air mata semakin galak mengalir. Air mata yang mengalir langsung tidak di seka. Dia mahu menangis sepuas-puasnya. Mahu menghilangkan rasa sakit yang menjalar di hatinya.

Klak!

Pintu bilik di buka dari luar. Dia hanya menunduk walaupun dia tahu ada orang masuk ke dalam biliknya.

"Bangun, ikut aku keluar." Arah Phong sebaik saja dia masuk ke dalam bilik.

Widelia hanya menghiraukan arahan dari Phong. Dia tetap saja duduk menunduk.

"Hei perempuan, kau dengar tak apa yang aku cakap?" Phong merengkuh kasar muka Widelia. Di cengkam kuat muka wanita itu.

Widelia mendesis sakit apabila dagunya di cengkam kuat.

"Lepaslah!" Widelia menolak-nolak tangan lelaki itu agar melepaskan dagunya.

"Bangun!" Arah Phong lagi. Masih menahan sabar melayan perangai degil perempuan di hadapannya.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now