Bab 34

7.5K 336 29
                                    

HAMPIR seminggu mereka berdua mendirikan rumah tangga. Semalam mereka berdua sudah balik ke rumah mereka sendiri. Dan hari ini pula merupakan hari pertama mereka kembali bekerja setelah seminggu cuti berkahwin.

Mereka berdua belum lagi merancang mahu pergi honeymoon. Mereka berdua sudah bersepakat tidak akan pergi honeymoon dalam masa terdekat.

Sebelum pergi kerja Widelia memasak untuk dia dan juga Hayyan. Tidak lupa juga dia memasak lebih untuk menjamu anak buah suaminya yang akan datang sekejap lagi. Dia hanya memasak bihun goreng dengan roti bakar sahaja. Hanya itu saja dia sempat buat.

Selesai menghidang makanan, dia kembali naik ke bilik suaminya atau lebih tepat bilik mereka berdua. Pertama kali dia melihat rumah ini semalam, terasa mahu terjatuh rahangnya melihat rumah sumianya yang kelihatan besar untuk duduk seorang. Lebih besar sedikit dari rumah keluarganya.

Duduk seorang pun rumah sudah besar seperti 30 orang duduk. Kalau 3 orang duduk mahu lagi besar rumah cukup untuk 90 orang duduk. Semalam dia bertanya kepada suaminya kenapa buat rumah besar padahal duduk seorang sahaja.

Nak tahu tak Hayyan cakap apa?

"Abang sengaja buat rumah besar. Mana tahu bila abang dah berkahwin nanti abang boleh request anak ramai-ramai. Sekarang ini Haizel dah jadi bini abang so abang nak Haizel bersiap bersedia lahirkan anak abang ramai.."

Tak ke malu dia apabila Hayyan bercerita perihal anak. Hayyan memang sengaja nak bagi dia malu ke apa?

Sampai di hadapan pintu bilik dia terus masuk ke dalam bilik mereka berdua. Dia mencari kelibat suaminya tetapi tiada di dalam bilik. Mungkin di dalam closet room?

Widelia melangkah ke arah closet room untuk mengambil baju kerja. Masuk saja dia melihat Hayyan tengah membutang baju kemejanya.

"Eh Haizel, dah siapa masak ke?" Hayyan bertanya apabila melihat kelibat isterinya masuk ke dalam closet room.

"Dah siap dah. Haizel nak tukar baju kerja," jawab Widelia lalu menghampiri closet lalu mengeluarkan blouse berwarna putih dan seluar slack bewarna hitam.

Shawl plain berwarna coklat muda di ambil. Ke semua baju miliknya dan juga Hayyan untuk pergi kerja selama seminggu, dia sudah iron semalam. Dia lebih suka iron banyak-banyak agar memudahkan kerjanya.

Hayyan memerhati warna baju yang di pakai isterinya. Terus dia menunduk melihat baju kemeja yang di pakainya. Warna hitam?

Bibirnya perlahan-lahan menyengih. Dia kembali membuka butang baju kemejanya semula. Kemeja di tanggal dari tubuh. Dia melangkah ke arah closet miliknya.

Widelia mengerut hairan apabila melihat suaminya membuka kembali baju kemeja yang sudah di pakainya.

"Abang dah kenapa buka baju balik?" Dia bertanya dengan wajah hairan.

Hayyan hanya tersengih sebelum kemeja bewarna putih di keluarkan dari closet. Di tanyangnya di hadapan isterinya. Di naiknya berkali-kali keningnya ke atas.

"Abang nak sedondon dengan Haizel hari ini." Hayyan mengulum senyum.

"Sedondon? Alah abang pakai ajelah warna lain. Nanti orang tengok malulah Haizel." Widelia memuncung.

Bukan apa, dia tidak mahu kena bahan dengan Erin dan juga si Sabiha yang kuat membahan orang itu. Sudahlah budak berdua itu kalau sudah membahan orang tak ingat dengan dunia.

"Apa yang nak di malukan. Bukannya kita bogel pun pergi kerja." Hayyan membantah.

Dia tidak kisah dengan wajah memuncung isterinya. Dia nak pakai warna sedondon dengan isterinya juga.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now