Bab 23

6.4K 354 20
                                    

MEDINA memandang wajah kusut sahabat baiknya dengan kening berkerut. Dah kenapa budak ini macam orang mati laki. Balik dari kerja tadi mereka terus berjumpa di cafe yang tidak jauh dari hospital tempatnya berkerja.

"Mati aku Med, mati!" luah Widelia dengan tiba-tiba. Kepalanya terasa mahu pecah. Stres...

"Kau kenapa? Tiba-tiba cakap mati?" tanya Medina hairan apabila gadis itu tiba-tiba sebut pasal mati.

Widelia berdecit geram. Kepalanya di hantuk perlahan di atas meja berkali-kali.

Medina mendengus. Dah kenapa dengan budak ni.

"Kau kenapa? Cubalah bagitahu aku." Medina menampar perlahan bahu Widelia.

"Med, apa aku nak buat ni? Mati aku Med..." Tercebik-cebik bibir Widelia menahan rasa. Rasa nak menangis pun ada.

"Kau ni kan, nanti aku lebel kau bengap kau marah aku. Tak habis-habis dengan mati kau tu. Kau tak cerita dengan aku manalah aku tahu apa masalah kau." Bebel Medina.

"Hanif." Sepatah nama keluar dari mulut Widelia.

Medina mengangkat keningnya sebelah. Dah kenapa dengan Hanif.

"Hah kenapa dengan dia?"

"Dia terjumpa aku tadi, dia nak aku bawa bakal suami tak wujud aku tu berjumpa dengan dia. Dia ajak aku dengan bakal suami tak wujud aku tu dinner dengan dia. Hanif nak aku buktikan apa yang aku cakap hari itu tak tipu." Widelia menggaru keningnya. Hailah stres!

Medina tergelak mendengar cerita dari Widelia.

"Kau kenapa gelak. Aku tengah ada masalah ni kan." Widelia menjeling Medina.

"Padan muka kau, siapa suruh kau tipu Hanif. Kan dah mendapat." Medina menghisap air setelah puas gelakkan sahabatnya itu.

Widelia mencebik.

"Tolonglah aku Med." Widelia menggoyang kedua belah tangan Medina.

Medina menggeleng kepalanya perlahan apabila melihat telatah Widelia yang serupa hilang anak.

"Kau nak aku tolong apa?" tanya Medina malas.

"Aku tak tahu. Aku ni stres tahu tak?" Widelia membebel seraya merebahkan kepalanya di atas meja.

"Yang bos aku ni pun satu hal, stres aku." Bebelnya lagi.

"Lah tadi stres dengan Hanif sekarang ni dengan bos pula. Yang mana satu kau ni?" Medina menayangkan wajah pelik. Pelik dengan sahabat baiknya itu.

"Dua-dua aku stres. Yang satu tu ajak aku dinner dengan suami tak wujud aku. Yang sorang lagi, ada ke patut ajak aku kahwin? Tak ke gila bos aku tu." Widelia mendengus lalu menghisap air oren untuk membasah tekaknya yang terasa kering.

"Hah? Bos kau ajak kahwin?" tanya Medina tidak percaya. Budak ni tengah buat lawak ke apa.

"Yalah kahwin. Dia ajak aku kahwin. Tak ke gila dia tu," kutuk Widelia geram.

"Lah apa susah kau setuju jelah. Hari tu kau cakap kau suka dia. Jadi apa masalah lagi?" tanya Medina hairan.

"Gila! Masalahnya aku ni cuma suka dia bukannya cintakan dia. Aku ni sikit pun tak terlintas nak kahwin dengan dia tau. Lagi pun dia tu ajak aku kahwin bukan sebab dia suka aku, tapi dia nak larikan diri dari orang gila." Widelia mengeluh.

"Yang si Hanif ni pun satu, dah tahu orang tak suka lagi nak di kejar. Gila betul." Bebelnya lagi lalu menyumbat nasi ayam ke dalam mulut. Hati tengah geram baik makan dulu bagi redakan hati balik.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now