Bab 11

7.1K 366 21
                                    

HARI ini mereka berdua pergi ke majlis persandingan Salwa. Seminggu setelah Salwa berhenti kerja perkahwinan Salwa di adakan.

Hayyan menunggu di hadapan rumah Widelia untuk mengambil gadis itu. Mereka berdua sudah berjanji untuk pergi bersama ke majlis Salwa. Sudah lima minit Hayyan menunggu gadis itu muncul tetapi hampa susuk gadis itu tidak kelihatan. Hayyan mengambil iPhonenya di atas dashboard untuk menelefon gadis itu. Dia baru sahaja mahu menekan butang call tetapi terhenti apabila melihat kelibat gadis itu kelam kabut keluar dari rumah.

Widelia terkocoh-kacah berlari menuju ke kereta Hayyan. Tangannya memegang erat kotak sederhana besar untuk di beri kepada Salwa. Hadiah perkahwinan untuk Salwa. Dia membuka pintu kereta Hayyan lalu masuk ke dalam tempat sebelah pemandu. Dia mencari nafas seketika. Rasa nak semput akibat kekurangan oksigen kerana berlari.

"Sorry bos!" Widelia berkata dengan termengah-mengah.

Hayyan yang melihat penampilan gadis itu terpaku seketika. Cantik! Ya, itulah perkataan yang pertama terlintas di kepalanya. Gadis itu kelihatan cantik mengenakan abaya bewarna maroon dan di padankan dengan shawl satin plain bewarna hitam.

"Bos! Oh bos." Widelia melayang-layangkan tangannya di hadapan muka lelaki itu. Naik hairan dia melihat lelaki itu merenungnya lama. Naik memerah mukanya apabila di tenung begitu.

Hayyan yang tersedar terus berdehem untuk menutup malu kerana terkatoi merenung anak dara orang.

"Lamanya kau keluar... Bersiap bukan main lama, sekali keluar macam gitu je muka kau tak ada perubahan langsung. Makin hauk adalah aku tengok." Hayyan sengaja mengusik.

Sehari tak mengusik gadis itu tak aman hidupnya. Dia memulakan pemanduannya untuk pergi ke majlis Salwa di rumah Salwa yang terletak di taman cempaka.

Widelia menjeling lelaki itu tajam. Geram mendengar perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Suka hati sayalah. Yang hauk muka saya bukannya muka bos.." Widelia memalingkan wajahnya ke arah tingkap.

Tengah sakit hati malas nak tengok muka lelaki itu. Takut nanti ada yang keluar berita. 'Seorang pemandu lelaki tercampak keluar dari kereta akibat di terajang penumpang kerana mulutnya terlebih menyakitkan hati'.

Hayyan tersenyum senget apabila melihat gadis itu memalingkan muka seolah-olah tengah merajuk. Dia yang baru tersedar sesuatu terus tersenyum senget. Dia memandang baju kurta yang di pakainya juga bewarna maroon. Adakah ini jodoh? Terlintas satu idea lagi untuk mengusik gadis itu.

"Kau sengaja keluar lambat dari rumah sebab nak usyar aku pakai baju warna apa kan? Kau tahu aku pakai baju warna maroon, terus kau nak pakai baju warna yang sama dengan aku kan?" Hayyan mengusik lagi.

"Bos jangan nak perah santan boleh tak? Kalau bos tak nak saya guna baju warna ni, tolong hantar saya balik sekarang!" Widelia mengarah dengan muka jengkel. Ada karang aku bagi sedas pelempang baru puas hati.

"Kenapa pula nak hantar kau balik?" Tanya Hayyan hairan. Tak kan merajuk teruk kot?

"Saya nak balik tukar baju lainlah! Ingat saya ni nak sangat sedondon dengan bos?"

Hayyan menghamburkan ketawanya apabila tidak dapat menahan ketawa. Sumpah dia terhibur dengan gadis itu apabila merajuk. Alahai comel betul...

"Ketawa! Ketawa! ingat lawak? Ada juga yang saya campak bos ni keluar karang!"

"Kau sampai hati ke nak campak bos kau yang kacak ni?"

"Lebih dari sampai bos!" Widelia menjeling bosnya dengan muka jengkel. Sumpah menyakitkan hati betul.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now