Bab 33

8K 349 30
                                    

HAYYAN mencari kelibat isterinya di sekeliling rumah mentuanya. Tengah hari tadi mereka sekeluarga check out hotel. Dia mencari di ruang tamu dan di dapur tetapi tiada. Tadi dia tertidur selepas balik dari hotel. Dia bertembung dengan Nek Timah.

"Kamu cari Wid ke?" Nek Timah bertanya kepada Hayyan apabila melihat wajah cucu menantunya seperti mencari seseorang.

"Ya nek, nenek ada nampak Wid ke?" Hayyan menggaru keningnya yang tidak gatal. Dari tadi dia cari tetapi tiada.

"Wid pergi rumah Mak Teh dekat belakang tu. Kamu pergilah cari dia dekat belakang." Nek Timah menyuruh Hayyan mencari di rumah Mak Teh. Mereka tadi pergi melihat tanaman bunga yang di tanam Mak Teh di sekeliling rumahnya. Sambil-sambil itu mereka berborak sambil minum petang di beranda rumah Mak Teh.

"Okey nek, terima kasih."

"Hmm sama-sama." Nek Timah senyum.

Hayyan melangkah ke arah dapur lalu pintu dapur di dekatinya. Dia menyarung selipar yang ada di pintu dapur. Dari kejauhan dia dapat melihat isterinya duduk membelakanginya di meja batu yang berada di beranda rumah Mak Teh. Hanya ada isterinya seorang di situ. Hayyan memandang rumah setingkat yang cukup besar untuk duduk sendirian.

Dia sangat kagum melihat usaha ayah mentuanya yang sanggup membina sebuah rumah khas untuk Mak Teh duduk. Bak kata ayah mentuanya, dia mahu Mak Teh mempunyai privasi sediri dan rasa selesa duduk di rumah sendiri. Perlahan-lahan dia mendekati isterinya yang duduk membelakanginya.

"Amboi makan tak ajak suami!" Sergahnya apabila melihat Widelia kusyuk makan sesuatu.

Terhinjut bahu Widelia apabila di sergah tiba-tiba. Nasib baik dia tidak tersedak. Dia menoleh ke arah suara yang ketawakannya.

"Abang ni! Kalau saya tersedak tadi macam mana?" Widelia menjeling suaminya yang sudah duduk di sebelahnya.

"Sini rupanya Haizel, abang cari dekat rumah tak ada. Kenapa tak kejutkan abang bangun?"

Hayyan memandang sekeliling kawasan rumah Mak Teh yang cantik di kelilingi pokok bunga.

"Abang nampak penat itu yang Haizel tak nak kejutkan abang."

Widelia menolak pinggan yang berisi cucur cempedak yang di goreng Mak Teh di hadapan Hayyan.

"Cucur cempedak, makanlah." Pelawa Widelia kepada Hayyan.

Hayyan mengambil cucur cempedak lalu di sumbat ke dalam mulut. Dia memandang isterinya menuang air teh ke dalam cawan.

Widelia meletak cawan di hadapan suaminya.

"Abang tak apa ke minum teh? Kalau nak nescafe Haizel boleh bancuhkan?" Widelia bertanya kepada suaminya. Dia tahu suaminya lebih gemar minum air nescafe daripada air yang lain.

"Tak apalah, teh kan dah ada. Abang minum je." Hayyan terus menyisip air teh yang sudah di tuang isterinya.

"Abang, kita pergi pantai nanti nak tak? Lama dah tak pergi sana. Boleh tak?"

Widelia mengajak suaminya pergi ke pantai. Sudah lama dia tidak pergi ke sana, rasa rindu pula mahu melihat matahari terbenam dekat pantai.

"Boleh, tapi pergi sekaranglah. Abang nak ziarah kubur mama dulu. Lepas pergi kubur kita pergi pantai terus ya." Hayyan kembali menyuap cucur ke dalam mulut. Lama sudah dia tidak makan cucur cempedak.

"Okey. Abang makanlah dulu nanti kita gerak," kata Widelia dengan senyuman manis.

Widelia menanti suaminya selesai minum petang terlebih dahulu. Dia juga turut menyumbat cucur cempedak. Cempedak yang di bawa atuknya dari kampung. Kalau musim buah memang mereka akan balik ke kampung untuk menikmati segala buah-buah fresh yang di tanam atuknya sendiri. Atuknya ada kebun buah, segala jenis buah di tanam atuknya. Tidak lama lagi musim buah jadi mereka bercadang untuk balik bercuti di kampung nenek dan atuk mereka.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now