Bab 18

6.4K 327 19
                                    

BALIK saja dari kerja Widelia terus pergi ke pantai sekejap mahu melihat matahari terbenam. Tadi dia sudah memberitahu kepada ibunya yang di akan balik sedikit lewat.

Dia melabuhkan punggung di atas pasir sambil memerhati sekeliling pantai. Udara segar di pantai di hirup. Lega, itu yang dia rasakan sekarang. Terasa tenang apabila angin pantai menampar lembut wajahnya.

Bibirnya melorek senyuman manis apabila melihat burung berterbangan bebas di langit.
Dia mengeluarkan telefon di dalam kocek seluar slack yang di pakainya. Kamera di buka dan dia mengambil gambar keindahan langit yang sudah berubah warna.

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Arab latin: Rabbanā mā khalaqta hāżā bāṭilā, sub-ḥānaka fa qinā 'ażāban-nār

Artinya: "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."

"MashaAllah... cantiknya ciptaan Mu Ya Allah." Widelia kagum melihat langit yang sudah berubah warna jingga di tambah lagi dengan kemunculan pelangi yang dia sendiri tidak menjangka akan muncul sekali.

Tidak berhenti bibirnya mengoyak senyuman melihat keindahan yang terpapar jelas di matanya. Leka dia melihat ciptaan Allah.

"Cantik kan?"

"Oh mak kau!" Widelia terkejut apabila di tanya tiba-tiba. Dia menoleh ke arah tepinya mahu melihat gerangan yang mengejutkannya.

"Bos ni! Terkejut saya tau. Cubalah bagi salam dulu." Widelia menjeling Hayyan.

"Tak balik lagi?" tanya Hayyan lalu duduk di sebelahnya. Hayyan mendongak ke arah langit.

"Belum, nak healing sekejap. Bos pula bila pula sampai sini?" Widelia memandang ke arah Hayyan yang ralit melihat ke arah langit.

Terpegun Widelia apabila melihat Hayyan tersenyum seperti itu. Kacak. Lama dia merenung Hayyan sehingga dia tidak sedar yang Hayyan sudah tersenyum kepadanya. Bukan senyuman manis tetapi senyuman lebih kepada senyuman mengusik.

"Dah puas tenung aku? Kacak sangat ke aku ni sampai kau tenung aku macam tu sekali?" tanya Hayyan dengan senyuman sinis.

"Ehem..." Widelia berdehem mahu menutup malu. Mukanya berumah merah kerana malu. Ish malunya, macam mana boleh tenung anak teruna orang ni Wid?

"Bila masa saya tenung bos, saya tenung orang sana tu ha." Dalih Widelia seraya menunjuk ke arah sekumpulan remaja perempuan yang sibuk mengambil gambar.

"Ya ke? Kalau tenung orang sana kenapa sampai merah pipi kau? I know you Haizel. Kau tak reti nak menipu. Tengok dari mata kau pun aku tahu kau tipu," ujar Hayyan lalu tersenyum kecil.

"Ish betullah, tak ada masa saya nak tenung muka bos yang tak berapa nak handsome tu. Abah saya lagi handsome dari bos." Widelia kembali memandang ke arah langit.

Hayyan juga turut merenung ke arah langit.

"Cantik kan langit bila waktu senja?" tanya Hayyan kepada gadis itu.

"Cantik. Cantik sangat-sangat."

"Senja atau pelangi, kau lebih suka yang mana?"

Widelia menaikkan keningnya apabila di tanya lelaki.

"Senja." Widelia menjawab dengan yakin, matanya masih melekat ke arah langit.

"Kenapa senja? Pelangikan lebih cantik lagi." tanya Hayyan lagi dengan wajah hairan.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now