♡❀Special Chapter I❀♡

4.7K 141 20
                                    

HESSA tersenyum suka saat merasa tendangan kecil dari dalam perut mamanya. Setiap pagi dia akan pergi ke bilik beradu kedua orang tuanya kerana mahu merasa tendangan dari adiknya di waktu awal pagi.

"Mama, adik tendanglah." Hessa melekap telapak tangannya di perut besar mamanya.

Widelia senyum lalu mengangguk. Dia turut merasa tendangan dari bayi di dalam kandungannya. Mengandung anak  yang kedua ni dia cepat letih. Bayi di dalam kandungannya terlalu aktif. Lagi-lagi di waktu tengah malam, bukan main aktif lagi dia bermain di dalam perut. Dia sekarang tengah tunggu masa saja mahu beranak.

Hessa ralit mengusap perut mamanya dengan senyuman tidak lekang dari bibir. Tidak sabar mahu berjumpa dengan adiknya yang bakal lahir tidak lama lagi.

Widelia senyum apabila melihat muka teruja Hessa apabila merasa tendangan dari sang adik. Hessa adalah orang yang paling gembira sekali apabila mendapat tahu yang dia bakal mendapat adik.

"Mama,nanti kita pergi kafe mak long boleh? Hessa lama tak minum ice blended dekat kedai mak long." Hessa memegang kedua belah tangan mamanya.

Widelia angguk tanda boleh.

"Boleh, tapi Hessa kena minta izin dekat baba dulu," kata Widelia. Kepala Hessa di usap perlahan.

"Okey mama!" Hessa tanpa dapat mengawal perasaan terujanya terus memeluk leher mamanya erat.

Widelia ketawa kecil. Hailah anak, teruja bukan main bila permintaannya di tunaikan.

"Hessa nak cari baba lah mama," kata Hessa lalu melepaskan pelukkan di leher mamanya.

"Hmm yalah." Widelia mengangguk kepala.

Hessa terus turun dari katil mahu mencari babanya di bilik kerja. Kaki kecilnya melangkah laju ke arah bilik kerja yang berada di bilik paling hujung. Sebaik saja berada di hadapan bilik kerja babanya, dia terus mengetuk pintu bilik kerja babanya.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk!" Arah Hayyan dari dalam bilik dengan lantang.

Hessa senyum lalu tombol pintu di pulas.

"Hai baba." Sapa Hessa dengan senyuman manis sebaik saja dia masuk ke dalam bilik kerja babanya.

Hayyan turut tersenyum apabila melihat anak perempuannya masuk ke dalam bilik kerjanya.

"Hai little angel baba." Hayyan turun menyapa.

Hessa tersenyum suka.

"Come, duduk di sini." Tangan Hayyan mengambit agar anaknya duduk di atas pangkuannya. Paha di tepuk berkali-kali.

Hessa segera berlari anak ke arah babanya.

"Tolong Hessa baba." Tangan di hulur agar babanya menolong dirinya duduk di atas paha.

Hayyan terus mendukung anaknya lalu di letak di atas pangkuannya.

"Baba..." Meleret suara kecil Hessa memanggil babanya. Duduknya beralih sedikit agar dapat memandang wajah babanya.

Memicing mata Hayyan memandang wajah Hessa. Kalau suara dah meleret panggil dia ni pasti ada benda nak minta.

"Kenapa? Hessa nak apa?" soal Hayyan.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now