Bab 10

8.4K 345 112
                                    

BERKERUT wajah Widelia menahan rasa sakit di tangannya apabila Mak Teh mengurut tangannya kuat. Rasa macam nak patah tangan bila Mak Teh urut. Balik dari di hantar bosnya tadi. Dia di soal oleh Mak Teh yang kebetulan menyiram pokok bunga di taman mini milik ibunya. Nasib baik mulutnya laju kelentong Mak Teh yang tangannya tercedera akibat dia terjatuh sendiri. Kalau dia bagitahu hal yang sebenar memang Inalillah lah si budak Hani tu Mak Teh cari sampai ke lubang cacing. Mak Teh ni memang garang sikit. Bukan setakat garang, mulut Mak Teh tu pun boleh tahan savage.

"Aduh! Aduh... Mak Teh sakit, sakit..." Widelia meringis sakit apabila Mak Teh mengurut tangannya sedikit kuat.

"Eh kamu ni, Mak Teh nak surutkan bengkak tangan kamu ni. Tangan kamu ni terseliuh kalau tak di urut makin sakit nanti. Cubalah tahan sikit, bukannya mati pun Mak Teh urutkan tangan kamu ni." Mak Teh membebel sambil mengurut tangan Widelia.

"Itulah, lain kali jalan pakai mata bukannya pakai niat. Nasib baik terjatuh aje kalau kena langgar dengan motor atau kereta memang dah sadaqallah terus dah kamu tu." Puan Wardah membebel kepada anak bongsunya. Bukan main terkejut lagi dia bila tengok Widelia balik kerja awal dengan tangan berbalut. Nasib baik tak teruk sangat.

"Ibu ni, orang tengah sakit pun ibu nak membebel juga." Widelia memasamkan wajahnya.

Hazir yang baru balik dari kerja terus duduk di sebelah Puan Wardah. Dahinya berkerut melihat Mak Teh sedang mengurut tangan adiknya.

"Kenapa dengan tangan adik?" Hazir bertanya kepada Widelia.

"Jatuh pagi tadi dekat tempat kerja, tangan adik terhempap badan adik sendiri." Widelia hanya jujur part yang dia terjatuh. Part yang dia kena tolak tu dia tak cerita kepada siapa-siapa. Malas nak panjangkan cerita.

"Itu lah, lain kali hati-hati bila berjalan. Ini tak, mata letak dekat lulut memang mendapatlah jawabnya." Wais yang baru keluar dari dapur menyampuk perbualan mereka.

Wais duduk di sofa single berhadapan dengan sofa yang di duduki Widelia dengan Mak Teh. Dia meneguk air yang di bawanya dari dapur.

Widelia menjeling abang sulungnya tajam. Dari tadi asyik menyakitkan hati si Wais ni.

"Benda dah jadi, nak buat macam mana. Yang along awal pula balik hari ni kenapa?" Hazir menoleh ke arah Wais yang santai meneguk air jus yang di bawanya tadi.

"Suka hati aku lah nak balik awal. Aku bos suka hati akulah nak balik sesuka hati." Wais menjeling Hazir.

Kenapa? Dia tak boleh balik awal ke?

Hazir mencebik.

"Orang tanya pun nak marah."

"Kamu berdua ni, jangan nak mula bergaduh. Aku hempok juga kamu berdua nanti dengan lesung aku dekat dapur tu." Mak Teh menjeling mereka berdua.

Budak berdua ni kalau dah start bertikam lidah memang ada scene bertarik rambut. Macam perempuan pula bergaduh macam tu.

Hampir 20 tahun dia berkerja sebagai pambantu rumah di rumah agam ini, dia sudah lali dengan perangai anak-anak majikannya itu. Mak Teh memang sudah lama berkerja di rumah agam milik majikannya, dia seorang andartu. Dia duduk di rumah khas yang di bina Encik Hamri untuknya di belakang rumah agam milik Emcik Hamri. Mak Teh hanya sebatang kara dan dia menganggap keluarga majikannya seperti keluarganya sendiri. Majikannya banyak membantunya dari dulu lagi.

"Along ni lah Mak Teh, orang tanya pun nak koyak." Hazir mencebik.

Masing-masing berhenti bergaduh apabila Mak Teh sudah bersuara. Karang ada yang kena lempar dengan lesung batu nanti.

"Aduh.... Mak Teh sakitlah!" Widelia terjerit kecil apabila tangannya di tekan sedikit kuat.

"Tahan lah sekejap, Mak Teh nak betulkan balik urat kamu ni. Macam budak-budak betul." Mak Teh membebel.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now