Bab 28

6.6K 334 40
                                    

WIDELIA duduk di gazebo sambil merenung cincin yang tersarung di jari manisnya. Cincin merisik. Ya, pagi tadi di risik oleh keluarga bosnya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Dia tidak tahu pula yang bosnya ada ibu tiri dan adik dari hasil perkahwinan bapa bosnya dengan ibu tirinya.

Ibu dengan abahnya bukan main gembira lagi bila ada anak dara mereka di risik orang. Yang paling kecoh adalah abangnya Wais. Orang sibuk berpantun dia pun sibuk nak balas pantun. Dah kena jeling ibu baru diam. Penyibuk betul.

Dia tidak menyangka yang dia bakal mengakhiri zaman bujangnya dalam masa 2 bulan. Kedua belah keluarga bersetuju untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka awal. Bak kata mereka lagi awal lagi bagus.

"Jauh termenung." Tegur Wais yang baru duduk di sebelah adiknya.

"Adik ada masalah ke?"

"Mana ada, adik okey. Tak ada masalah langsung." Widelia memandang ke arah langit yang terang dengan cahaya bulan.

Wais memandang adiknya dengan pandangan tidak percaya. Tangan Wais tiba-tiba mengusap rambut adiknya lembut.

"Tak sangka kan?"

"Huh apa yang tak sangka?" Widelia mengerutkan keningnya.

"Yalah, tak sangka yang satu-satunya adik perempuan along bakal menikah dalam masa 2 bulan lagi. Besar dah adik along ni."

Tangan masih ralit mengusap rambut Widelia.

Widelia menoleh ke arah Wais. Perlahan-lahan dia melentokkan kepalanya di bahu abangnya.

"Adik pun tak sangka yang adik bakal berkahwin lebih awal dari along dengan angah." Widelia ketawa kecil.

Rasa macam lawak pun ada.

"Jodoh adik sampai awal. Jodoh along ni lambat sikit." Wais turut ketawa.

Widelia mencebik. Lambat sebab bercinta dengan warga emas.

"Masin betul mulut along, tak sangka pula yang adik bercinta dengan bos adik. Masa itu bukan main lagi adik cakap yang adik tak ada masa nak bercinta dengan bos sendiri. Adik nak kerja bukan nak goda bos. Tup-tup dia jodoh adik," kata Wais dengan nada jengkel.

"Dah jodoh adik. Nak buat macam mana." Widelia bangkit dari duduk. Dia mahu naik ke bilik.

Dia perlu tidur awal kerana esok dia bekerja. Hari ini dia mengambil cuti sehari kerana majlis merisiknya.

"Pergi mana?" tanya Wais.

"Masuk bilik nak tidur, esok adik kerja." Widelia melangkah masuk ke dalam rumah.

Wais mengangguk lalu dia juga masuk ke dalam rumah.

HAYYAN berdiri di balkoni biliknya. Matanya merenung gambar Widelia yang cantik berbaju kurung putih semasa di majlis merisik gadis itu tadi. Dia tiada di sana kerana dia ada urusan di luar negeri. Jadi uminya menghantar gambar gadis itu kepadanya melalui whatsApp.

Bibirnya melorek senyuman kecil. Dia tidak menyangka yang dia akan berkahwin tidak lama lagi. Dia yakin jodohnya bersama gadis itu walaupun perkahwinan mereka atas dasar sebab yang tidak munasabah. Dia yakin jodohnya adalah gadis itu. Allah is the best planner. Perkara jodoh itu macam 'Alif Lam Mim' surah Al-Baqarah. Maksudnya, hanya Allah yang tahu. Mereka hanya merancang yang menentukan adalah Allah SWT.

Itu bukan takdir tetapi pilihan. Itulah pilihan mereka, berkahwin untuk lari dari orang yang tidak pernah menghargai mereka. Tetapi mereka berdua berjanji untuk saling mencintai dan sehidup semati bersama. Dan Hayyan sediri tidak akan mensiakan-siakan gadis itu meski pun apa yang berlaku. Itu janjinya kepada dirinya sendiri. Sekali dia lafazkan akad untuk gadis itu, selamanya dia tidak akan lepaskan gadis itu.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now