Bab 55

4.7K 208 24
                                    

WIDELIA sudah bersiap mahu pergi ke rumah keluarganya. Hayyan akan menghantarnya ke rumah keluarganya nanti. Balik nanti, baru Farok ambil dia balik. Dia hanya mengenakan blouse plain berwarna biru muda dan seluar palazo berwarna putih sahaja. Dan di padankan dengan shawl jersey.

"Sayang dah siap ke?" tanya Hayyan sebaik saja masuk ke dalam bilik. Dia baru selesai mencuci pinggan dan cawan kotor yang telah di guna dia dengan Widelia bersarapan. Sementara dia mencuci barang, dia menyuruh isterinya bersiap.

"Dah." Widelia mengangguk. Beg tangan yang berada di atas meja solek di ambil. Dia melangkah ke arah Hayyan.

"Jom, kita gerak. Abang singgah jumpa ibu dengan abah sekejap lepas tu abang terus pergi kilang. Ada masalah sedikit dekat sana. Abang tak tahu abang balik pukul berapa." Hayyan menyulam tangannya dan tangan Widelia.  Mereka turun ke bawah. Hari ini Hayyan terpaksa pergi ke kilang. Ada masalah sedikit di kilang. Dia tidak tahu pukul berapa dia akan balik.

"Yalah, Farok kan ada ambil nanti."

Mereka berdua masuk ke dalam kereta. Hayyan memulakan pemanduannya.

"Abang." Panggil Widelia perlahan. Dia memandang Hayyan yang ralit memandu.

"Kenapa?" tanya Hayyan lembut.

"Nanti kalau Haizel tak sempat balik, abang jangan marah tau," ujarnya Widelia lalu menggigit bibirnya perlahan.

"Kenapa tak sempat pula?" Berkerut dahi Hayyan.

"Yalah, mana tahu Haizel tak dapat balik lagi dekat rumah kita. Kita tak tahu kan?" ujar Widelia perlahan. Senyuman kelat terukir di bibir.

"Jangan cakap macam tu, abang tak suka!" tegur Hayyan sedikit tegas.

Widelia hanya senyum.

"Okey, Haizel dah tak cakap dah." Widelia angguk lalu memandang ke luar kereta.

Hayyan mengeluh. Dia berhenti kereta di tepi jalan. Badan di hala ke arah tempat isterinya.

"Kenapa abang berhenti?" tanya Widelia dengan kerutan di dahi.

"Kenapa sayang cakap macam tu? seolah-olah sayang tak akan balik lagi dekat rumah kita."

Widelia senyum lagi.

"Kenapa?" tanya Hayyan lagi.

"Tak ada apalah." Widelia menggeleng kepala.

Hayyan menatap anak mata isterinya. Dapat dia lihat anak mata itu bergetar. Dia tahu, isterinya menipu. Hayyan menarik tangan isterinya lalu di genggam lembut.

"Abang tak suka sayang cakap macam tu. Tolonglah... abang merayu jangan cakap macam tu," rayu Hayyan lalu mengucup kedua belah tangan Widelia.

"Haizel minta maaf..." Widelia menarik tangannya dari di pegang Hayyan. Laju tangannya memeluk tubuh Hayyan erat. Di usap lembut belakang Hayyan.

"Please... abang tak suka." Bergetar suara Hayyan memohon agar Widelia tidak membangkitkan isu sensitif.

"Ya, Haizel minta maaf..." bisik Widelia di telinga Hayyan.

Mereka berdua saling berpelukkan. Sebelah tangan Widelia mengusap lembut kepala Hayyan. Setelah agak lama mereka berpelukkan. Hayyan meleraikan pelukkan mereka.

"Apa pun yang akan terjadi abang akan lindungi sayang. Kalau nyawa di jadikan galang ganti, abang sanggup gantikan. Abang tak boleh hidup tanpa sayang, because your my home, my life and my world. Kalau abang hilang sayang, itu bermakna abang hilang kawan baik abang, senyuman abang, ketawa abang dan semuanya," ujar Hayyan lalu menekup pipi isterinya agar memandang anak matanya.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now