Bab 36

7.3K 319 31
                                    

AWAL pagi lagi Hayyan sudah sibuk membuat kerja. Hari ini dia betul-betul sibuk kerana minggu ini syarikat mereka akan lauched produk baru iaitu makanan berpeket yang di namakan spiced honey chicken yang yang sudah di masak sepenuhnya. Cuma pembeli hanya perlu memanaskan makanan tersebut jikalau mahu makanan tersebut panas.

Hayyan yang sibuk membuat kerja terhenti apabila pintu biliknya di ketuk dari luar.

"Masuk!" Laungnya supaya orang yang berada di luar masuk ke dalam biliknya.

Dia melihat pintunya di buka dari luar. Tidak semena-mena bibirnya tersenyum apabila melihat sosok tubuh isterinya masuk ke dalam biliknya.

"Abang, Haizel nak hantar fail ni dekat abang," ujar Widelia lalu melangkah ke arah meja suaminya. Di tangannya ada sebuah fail yang perlu di hantarnya kepada Hayyan. Fail di letaknya di atas meja Hayyan. Dia pergi ke arah Hayyan lalu dia berdiri di belakakang suaminya.

Tangannya naik memicit lembut bahu suaminya. Nak hilangkan penat suaminya.

Hayyan tersenyum lega apabila bahunya di picit lembut oleh sang isteri.

"Fuhh nikmatnya bahu kena picit dengan bini." Hayyan menikmati setiap picitan dari isterinya.

Ini mesti ada benda nak di mahunya kalau baik semacam.

"Abang, boleh tak kalau Haizel nak keluar lunch dengan Erin dan juga Sabiha?" Widelia meminta izin dekat suaminya. Sengaja nak buat baik dengan suami supaya di izinkan pergi lunch dengan kawannya.

Hayyan mencebik, kan dah cakap.

"Kalau abang tak izinkan?" Hayyan sengaja nak menduga reaksi isterinya.

"Abang mesti izinkan. Bolehlah abang... Lama dah Haizel tak lunch dengan diorang." Widelia memujuk Hayyan agar membenarkan dirinya keluar lunch dengan Erin dan juga Sabiha. Dia duduk di hujung meja suaminya.

"Kalau Haizel pergi lunch dengan diorang, siapa nak teman abang lunch?" tanya Hayyan lalu memuncung.

Widelia mencebik.

"Abang keluarlah lunch dengan kawan abang. Tak pun abang pergilah lunch seorang diri. Kalau abang tak malu abang jomlah join kita orang," pujuk Widelia lembut.

Dia masih dalam misi memujuk suaminya.

"Tak apalah, abang lunch seorang diri jelah. Mana tahu nanti ada awek lain sudi temankan abang makan. Abang lagi suka kalau ada awek temankan abang makan. Jangan marah kalau Haizel dapat madu nanti." Selamba saja Hayyan mengusik isterinya.

Widelia berdecit geram. Di jeling suaminya tajam.

"Wahh berani ya? Cubalah buat kalau nak kena tanam hidup-hidup." Ugutnya dengan wajah garang.

Kalau berani cubalah bagi aku madu. Tak sempat malam pertama memang aku bagi lepak underground terus.

Hayyan ketawa apabila melihat wajah garang isterinya. Terhibur dia mendengar kata-kata Widelia.

"Abang gurau jelah. Pergilah lunch dengan diorang. Nanti abang lunch dengan kawan abang. Tapi jaga diri tau." Pesan Hayyan lalu menarik tangan isterinya. Dia menggenggam tangan isterinya.

"Yeah thank you abang." Widelia tersenyum teruja apabila Hayyan membenarnya keluar lunch dengan Erin dan juga Sabiha.

"Haizel nak tahu tak?" Hayyan bertanya tiba-tiba kepada Widelia.

Hayyan tersenyum melihat wajah gembira isterinya.

"Hah? Tahu apa?" Widelia menaikkan keningnya. Tahu apa?

"Bila abang tengok senyuman Haizel, abang baru sedar bahawa rezeki dari Allah tak semestinya dalam bentuk duit."
Hayyan mencuit hidung Widelia lembut.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now