Bab 53

4.7K 231 19
                                    

SEMENJAK dari kejadian hari itu, Hayyan tidak membenarkan Widelia pergi kerja. Widelia hanya menurut apa yang di perintah Hayyan. Kejadian itu benar-benar membuatkan dirinya trauma. Setiap malam dia bermimpi di simbah darah. Setiap malam juga dia menangis di dalam bilik air mengenangkan nasibnya. Di hadapan Hayyan dia berpura-pura okey. Tetapi hakikatnya, dia tak okey. Dia penat, tapi dia harus kuat. Dia takut, tapi dia harus berani. Dia jarang menangis di hadapan orang, tetapi kalau dia menangis di hadapan orang. Percayalah, dia sememangnya terlalu sakit.

Jauh dia termenung di ruang tamu sehingga tidak sedar yang Hayyan duduk di sebelahnya. Secara tidak langsung, dia mengeluh berat.

"Kenapa mengeluh ni? Tak nak cerita dekat abang ke?" tanya Hayyan prihatin.

Dari tadi dia memerhati isterinya banyak termenung. Dia risau akan kesihatan isterinya. Di tambah lagi isterinya tengah sarat mengandung. Dia tidak mahu emosi isterinya terjejas.

Widelia tersentak apabila Hayyan tiba-tiba duduk di sebelahnya. Saat matanya dengan Hayyan bercumbu, automatik wajahnya di ceriakan di hadapan Hayyan. Tunjuk yang dia betul-betul okey.

"Mana ada mengeluh, Haizel cuma penat sikit je," ujarnya dengan senyuman.

"Kalau tak okey, luah dekat abang. Abang akan jadi pendengar setia sayang," pujuk Hayyan.

"Nak luah apa? Tak ada apalah." Widelia ketawa kecil. Ketawa yang menyakitkan.

"Jangan belagak yang sayang okey, kalau tak okey sayang luah dekat abang. Kalau di pendam sakit dia dua kali ganda."

Widelia hanya mendengar kata-kata Hayyan tanpa menyampuk. Dia tidak tahu nak luahkan macam mana.

"Haizel tak tahu nak luah macam mana," ujarnya setelah lama mendiamkan diri.

Hayyan senyum nipis, tangannya memeluk isterinya erat. Ubun-ubun isterinya di kucup beberapa kali.

"Luahkan melalui tangisan," kata Hayyan selamba.

Widelia panggung wajah. Berkerut keningnya mendengar kata-kata Hayyan. Luah melalui tangisan?

"Crying is how your body speaks when your mouth can't explain the pain you feel." Bicara Hayyan lagi, kepala isterinya di usap lembut.

Widelia hanya mendiamkan diri di dalam dakapan Hayyan. Wajahnya di sembam di dada bidang Hayyan.

"Lagi satu, luah melalui doa. Doa kepada Tuhan agar semuanya di permudahkan dan minta Tuhan lindungi sayang dan anak dari segala kejahatan."

"Doa mampu mengubah semuanya. Seberat apa pun masalah, serumit apa pun hidup, dan sehancur apa pun hati kita. Selagi kita melangitkan doa. Percayalah semuanya akan baik-baik saja. With Allah on your side, the impossible becomes possible," sambung Hayyan lagi. Betul apa yang dia kata, selagi melangitkan doa, semuanya akan baik-baik saja. Dan yang mustahil akan menjadi mungkin.

Dapat dia rasa baju yang di pakainya basah di bahagian dada. Tahulah dia yang isterinya tengah menangis tanpa mengeluarkan suara. Dia hanya membiarkan isterinya meluahkan apa yang terbuku di hati melalui tangisan. Belakang isterinya di usap-usap lembut.

"Menangislah sayang, abang ada untuk dengar setiap tangisan sayang. Kita menangis bukan bererti kita lemah, kita menangis sebab kita penat." Lagi dan lagi Hayyan menenangkan isterinya. Tipulah kalau dia tidak merasa sakit apabila mendengar setiap tangisan isterinya, tapi apa boleh buat. Hanya itu saja cara untuk isterinya melepaskan rasa sakit yang di rasai isterinya.

Lama Widelia menangis di dalam dakapan Hayyan sehingga dia tidak sedar yang dia terlelap. Hayyan tersenyum nipis saat mendengar bunyi dengkuran halus dari isterinya. Tangan Hayyan merangkul pelipat kaki isterinya dan badan isterinya. Perlahan-lahan dia bangun dari duduk sambil mendukung isterinya. Dia mahu membawa isterinya naik ke atas.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now