Bab 47

5.3K 259 44
                                    

SUDAH kali ke berapa Hudna turun ke bawah hari ini. Hampir dua minggu dia seperti ini, menunggu seseorang yang dia berharap seseorang itu akan datang ke cafenya. Hudna turun ke bawah apabila jam sudah menginjak pukul 12.30 tengah hari.

Hudna turun ke bawa mahu menolong apa yang patut kerana waktu ini sememangnya orang ramai datang. Lunch hour ramai orang yang datang bertandang di cafenya. Alhamdulilah kafenya sentiasa menjadi pilihan para pelanggan. Setiap hari cafenya sentiasa penuh.

Sewaktu Hudna mahu melangkah ke arah kaunter mata Hudna menangkap sosok tubuh seseorang yang sangat di kenalinya atau lebih tepat sosok yang sangat di rinduinya sedang duduk seorang diri di penjuru cafe.

Wais Haider!

Hampir dua minggu dia tidak melihat wajah lelaki itu. Dua minggu lelaki ini itu tidak munculkan diri di hadapannya. Yang anehnya, selama itu juga dia turut tercari-cari lelaki itu datang mencarinya di sini. Dulu dia sendiri yang menolak cinta lelaki itu tetapi sekarang dia pula yang asyik tertunggu-tunggu lelaki itu datang menganggunya lagi. Tipulah kalau hatinya tidak terusik dengan pengakuan cinta dari lelaki itu.

Kini dia sadar yang hatinya sudah mula menyukai lelaki yang bernama Wais Haider. Setiap hari dia  menunggu kedatangan Wais datang menemuinya lagi.

Betullah apa yang di kata Wais kepadanya tempoh hari. Kalau dia tidak mencuba macam mana dia akan tahu yang dia akan tersakiti untuk kali kedua. Dia harus memberi Wais peluang.

Hudna menapak ke arah Wais yang duduk di penjuru cafe sambil bermain telefon. Serta-merta kakinya terhenti apabila ada seorang perempuan bertudung duduk di hadapan Wais. Terus berubah air muka Hudna, senyumannya juga turut mati apabila melihat kemesraan Wais dengan perempuan itu.

Siapa perempuan itu?

Entah mengapa hatinya bagaikan di tusuk sembilu apabila melihat kemesraan di antara Wais dengan perempuan itu.

Sakit? Ya, hati Hudna sakit apabila melihat Wais bersama perempuan lain. Kenapa dia harus sakit? Dia sendiri yang menolak cinta Wais tempoh hari, jadi itu bukan salah Wais andai Wais sudah menjumpai pemilik hatinya.

Perlahan-lahan Hudna kalihkan tubuhnya ke belakang. Dia mahu naik ke atas semula. Matanya terasa panas, kolam matanya sudah berair. Tunggu masa saja air matanya mengalir.  Cepat-cepat Hudna melangkah ke arah tangga mahu naik ke biliknya semula.

Sewaktu dia mahu naik, dia terserempak dengan Widelia yang baru keluar dari toilet yang berada tidak jauh dari tangga.

"Eh kak! Lama Wid tak jumpa akak," tegur Widelia dengan senyuman.

Teruja pula dia melihat Hudna. Dia datang ke sini pun mahu berjumpa dengan Hudna.

"Wid," sahut Hudna.

Bibirnya menayang senyuman kelat. Tahan Hudna, jangan jatuhkan air mata di hadapan adik Wais.

"Akak apa khabar? Sihat?" Widelia bertanya khabar Hudna.

"Akak sihat Alhamdullilah. Wid sihat?" Giliran Hudna pula bertanya khabar Widelia.

Dia berusaha manahan diri dari mengalirkan air mata. Di tahan sebaik yang mungkin emosinya.

"Sihat Alhamdullilah," jawab Widelia dengan senyuman. Matanya menangkap  perubahan wajah Hudna seperti menahan diri dari menangis.

Dia mahu bertanya tetapi takut di anggap penyibuk. Jadi dia tahankan saja hatinya dari bertanya kepada Hudna.

"Wid baru sampai ke? Datang dengan siapa?" Hudna senyum.

"Ya kak, baru sampai. Tadi nak melepas hajat kecil itu yang terus pergi toilet. Wid datang dengan along."

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now