Bab 19

6.3K 334 41
                                    

HAYYAN menekan interkom untuk memanggil Widelia. Dia ada benda nak bagitahu dekat gadis itu. Hanya gadis itu saja yang boleh tolong dirinya.

"Haizel masuk bilik aku sekejap." Arah Hayyan setelah panggilan bersambung.

"Sekarang ke?"

"Eh taklah, esok!" Hayyan menjuling kedua biji matanya ke atas.

"Oh okey, saya masuk esok," ujar Widelia selamba.

"Ish kau ni, sekaranglah!" Hayyan merungut.

"Yalah saya masuk." Widelia ketawa setelah puas membuat bosnya jengkel terhadapnya.

Widelia segera bangkit dari duduk. Daily planner dan pen di ambil lalu di bawa masuk ke dalam bilik bosnya. Pintu bilik lelaki itu di ketuk terlebih dahulu sebelum dia masuk.

"Masuk!"

Widelia segera membuka pintu setelah di beri keizinan dari bosnya. Kaki melangkah ke arah meja kerja lelaki itu.

"Yes bos? What can I help you?" Widelia dengan selamba duduk di kerusi tanpa menunggu pelawaan Hayyan.

"Hari ni aku ada meeting dekat luar tak?" tanya Hayyan yang sibuk menekan keyboard macbook.

"Ada, after lunch bos ada meeting dengan Dato Karim dekat syarikat dia." Widelia menyelak helaian daily planner yang baru di catatnya tadi.

"Okey, kau teman aku lunch hari ni. Lepas itu kita terus jumpa Dato Karim." Arah Hayyan kepada gadis itu.

"Okey. Ada apa lagi tak bos?" Widelia segera bangkit dari duduk. Dia masih menunggu arahan dari bosnya.

"Tak ada dah. Kau boleh keluar."

"Okey."

Widelia mengorak langkah ke arah pintu. Tombol pintu di pulas dan dia melangkah keluar dari bilik bosnya.  Widelia duduk di meja kerjanya lalu menyambung kembali kerjanya yang terbengkalai.

Dia yang mahu menyelak helaian kertas terhenti apabila Erin memanggilnya.

"Wid, ada orang nak jumpa kau dekat lobi. Tadi aku pergi bawah sekejap lepas tu bertembung dengan Zahira. Dia suruh aku bagitahu dekat kau yang ada orang nak jumpa kau."

"Siapa?" Berkerut dahi Widelia. Jarang orang nak cari dia dekat office. Siapa pula yang caru dia masa kerja ni?

"Entah, tak ada pula Zahira sebut nama orang tu. Dia cuma suruh bagitahu dekat kau je." Erin menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ha yalah. Aku turun sekejap, thank you tau." Widelia segera bangun dari duduk mahu turun ke lobi.

"Your welcome." Erin melangkah ke arah meja kerjanya.

Widelia mencapai telefonnya yang berada di atas meja. Dia melangkah ke arah lift mahu turun ke lobi.

Ting!

Pintu lif terbuka lalu dia melangkah keluar dari lift. Widelia menghampiri Zahira yang bekerja sebagai receptionist.

"Hai Zahira. Tadi Erin cakap ada orang nak jumpa saya." Widelia bertanya kepada Zahira. Senyuman di ukir untuk Zahira.

"Oh Wid! Orang nak jumpa awak tu ada dekat luar. Tadi saya suruh tunggu dekat sana tapi dia tak nak." Terang Zahira lalu menunjuk ke arah tempat menunggu yang kosong.

"Lah ya ke? Dia lelaki ke perempuan?" tanya Widelia ingin tahu.

"Lelaki Wid, dia pakai baju warna maroon."

"Oh okey, saya jumpa dia dulu tau. Thank you Zahira." Widelia meminta diri mahu berjumpa dengan orang yang mahu berjumpa dengannya.

Widelia keluar dari lobi syarikat. Dari jauh dia sudah melihat seorang lelaki berkemeja maroon berdiri membelakanginya. Dia melangkah ke arah lelaki yang memakai baju kemeja berwarna maroon itu.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now