Bab 7

7.8K 367 11
                                    

HUJUNG minggu Widelia keluar bersama Medina memandangkan mereka berdua jarang dapat berjumpa kerana busy dengan tugas masing-masing. Medina bekerja sebagai doktor bedah jadi masa kerjanya tidak menentu. Adakala dia cuti Medina pula kerja. Bila turn Medina cuti dia pula bekerja.

Mereka berdua berjalan-jalan di pavilion. Macam-macam aktiviti yang mereka ingin lakukan hari ini.

"Wid, kau tak rindu Didi ke?" Medina bertanya kepada Widelia yang kusyuk melantak llaollao. Mereka berdua duduk di tempat kosong untuk berehat sekejap sementara masuk waktu zohor. Dari pagi tadi mereka berdua keluar.

Widelia mengeluh apabila nama sahabat mereka yang satu itu di sebut.

"Huhh rindu tu rindu lah Med, nak buat macam mana dia tak nak balik Malaysia buat masa sekarang. Aku tahu dia kecewa tapi entahlah dengan dia tu..." Widelia berhenti melantak. Dia memandang muka Medina yang berubah riak.

"Aku rindu kita yang dulu. Ada kau, Didi, Radhia... Tapi sekarang." Medina menunduk kepalanya. Jauh di sudut hatinya dia sedih dengan persahabatan mereka tidak seperti dulu lagi semenjak kejadian yang tidak di ingini mereka.

Wajah Widelia berubah merah. Matanya  panas apabila nama Radhia di bangkit.

"Med... Aku tak guna kan? Kalau lah aku tak lemah dulu mesti kita bahagia sekarang dengan dorang. Radhia dengan Didi mesti ada dengan kita sekarang." Widelia menundukkan kepalanya. Suaranya bergetar menahan sebak.

Medina terus menoleh ke arah Widelia. Dia menarik bahu sahabatnya itu ke dalam pelukannya.

"Tak Wid, kau dah usaha untuk selamatkan keadaan tapi takdir berkehendak lain. Kau jangan salahkan diri kau. Aku minta maaf sebab ungkit perihal ni lagi." Medina memujuk Widelia dari terus menyalahkan dirinya sendiri.

Medina kesal kerana mengungkit peristiwa menyakitkan mereka. Kalaulah dia ada juga masa itu mesti semua itu tak terjadi. Hanya Widelia sahaja yang ada semasa peristiwa itu berlaku. Medina masa itu tiada bersama mereka kerana menjalani praktikal di sebuah hospital. Sudah hampir 4 tahun kejadian itu berlaku. Medina tahu susah untuk Widelia tempuhi segalanya.

Peristiwa itu amat memberi kesan kepada Widelia. Medina sendiri menyaksikan bagaimana struggle gadis itu melawan rasa bersalah dan takut dalam dirinya. Widelia hampir- hampir mengalami kemurungan di sebabkan peristiwa itu.

"Aku rasa bersalah Med, aku yang ada dekat situ tak mampu buat apa-apa untuk tolong Radhia. Aku yang buat Radhia tinggalkan kita dan aku juga yang buat Didi pergi bawa diri dia jauh dari kita." Widelia mengalirkan air matanya. Esakannya di tahan sehabis mungkin. Hanya Medina, Didi, keluarga Radhia dan juga keluarganya yang tahu akan peristiwa itu.

"Shhh.... Kau jangan ingat lagi,
Insha Allah suatu hari nanti Didi akan balik berjumpa dengan kita. Biarlah Didi ubat kekecewaan dia sementara dulu." Medina mengusap kepala sahabatnya itu.

Widelia diam tidak berkutik. Dia meleraikan pelukan mereka berdua. Dia harus kuat untuk menempuhi perjalan hidupnya. Air mata yang menitis di usap. Wajahnya memerah di tatap Medina sayu.

"Aku pun harap macam tu juga. Aku rasa bersalah dekat Didi di sebabkan aku dia hilang sepupu kesayangan dia." Widelia mengeluh berat.

Di sebalik keceriaan seorang Widelia Haizel, ada luka dan kesedihan yang di tutupinya dengan rapat agar tidak satu orang pun tahu kesedihan yang di laluinya itu.

BALIK dari berjumpa dengan Medina tadi, Widelia terus membawa diri ke pantai. Sebelum menghantar Medina balik tadi mereka sempat solat asar di masjid.

Dia keluar dari kereta. Kakinya melangkah ke pesisiran pantai. Jam di tangan di tilik sudah pukul 5.20 petang. Sampai di situ dia berdiri merenung langit yang cerah. Bibirnya melepaskan keluhan penat.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now