BAB 2

10.7K 417 7
                                    

WIDELIA membuat kerja di meja rehat yang ada di sebelah kolam renang.
Biasalah apabila sudah masuk tengah bulan memang dia akan busy mengira angka-angka, berginilah kerjanya bila tengah bulan sampai tak cukup masa untuk dia menghabiskan kerja. Sampaikan kerja pun di bawa balik rumah. Dua hari cuti tetapi dia lebih suka membuat kerja last minute.

"Adik busy sangat ke?" tanya Wais kepada Widelia.

Tangan Widelia yang sibuk mengetik keyboard terhenti apabila suara Wais menjengah telinganya. Dia memandang Wais sekilas sebelum sambung membuat kerjanya.

"Tak adalah sangat, sekejap lagi siaplah kerja adik ni. Haa kenapa along tanya?" soalnya kembali kepada abang sulungnya itu.

Tangan Widelia lincah menaip keyboard macbook miliknya. Kadangkala tangannya laju menekan calculator untuk mengira.

"Boleh tak adik tolong along?" Pinta Wais dengan muka seposen.

Widelia hanya mendengar tanpa menoleh ke arah Wais.

"Minta tolong apa? Sekejap sikit boleh tak? Kerja adik ni sikit lagi nak siap" Widelia menoleh lalu membuat muka jengkel apabila Wais menayangkan muka comel kepadanya.

"Tolong along buatkan air untuk kawan along dan tolong hidangkan sekali nanti boleh tak?" Pinta Wais.

Wais mengerdipkan matanya berkali-kali.

"Yalah-yalah. Itu je kan? Tak ada benda lain lagi kan?" Widelia bertanya lagi. Karang dia dah siap buatkan air ada yang nak tambah itu nak tambah ini.

"Haa itu aje." Wais mengangguk lalu membuat muka comel.

"Yalah nanti adik buat tapi tolong ambilkan tudung sarung adik dekat tempat biasa adik letak boleh tak?Adik malas lah nak naik atas."

Widelia meminta tolong Wais tanpa menoleh ke arah Wais kerana dia ingin menyelesaikan kerjanya dengan cepat.

Dia melihat Wais sudah berdiri mahu masuk ke dalam.

"Okey, tapi adik siapkan kerja adik cepat-cepat tau!" Wais berpesan.

"Hishhh! Adik tahulah kerja adik, along ni bisinglah." Widelia menjeling Wais yang masih berdiri di pintu sliding.

Ingat dia ni bibik Wais ke nak arahkan itu ini, nasib baik abang sendiri kalau tak memang dah lama dia hempok kepala Wais guna pasu bunga milik ibunya.

Dia menyiapkan kerjanya dengan cepat takut pula nanti kawan abangnya datang. Karang bising pulak si Wais tu.

Setelah dari tadi dia menyiapkan kerjanya, akhirnya kerjanya siap juga. Dia melihat jam di skrin iPhone miliknya sudah menunjukan pukul 10 malam. Tadi dia memulakan kerjanya selepas maghrib. Bila tiba isyak dia berhenti sekejap solat lepas itu sambung kembali.

Widelia merenggangkan tengkuknya.

Krek! Krek!

Pergh...

Lega rasa urat-uratnya apabila membuat regangngan.

"Nah tudung adik, jangan lupa buatkan tau, along nak pergi depan sebab kawan along dah sampai."

Widelia menoleh. Dia terkejut apabila Wais membaling tudung ke arahnya. Nasib baik dia sempat menyambut tudung itu.

Hareyy betul si Wais ni. Widelia menjeling Wais geram. Bila turn dia minta tolong balik bukannya Wais ikhlas nak tolong dia.

Widelia meninggalkan barang kerjanya di atas meja. Dia terus belalu pergi membuat air di dapur.

Dia membuat air teh dan menghidangkan brownies yang di belinya tadi selepas balik kerja petang tadi. Kalau nak harapkan dia buat benda tu jangan haraplah. Lambat lagi dia nak buat.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now