Hello Warga Emas

2K 60 6
                                    

Hero : Hail Qausar
Heroin: Qadira Irfana

Blurb>>>

Qadira Irfana, nama yang tidak asing lagi di dengari. Qadira Wear, adalah brand yang sangat terkenal di Malaysia mahupun di luar negara. Brand Qadira Wear adalah milik wanita muda yang bernama Qadira Irfana.

Qadira Irfana lebih suka orang memanggilnya dengan nama Qadira berbanding Irfana. Kenapa dengan nama Irfana? Sebab dia benci dengan nama Irfana. Baginya, Irfana adalah gadis yang malang, lemah, di buli dan mudah di pandang rendah. Kerana dia benci dengam nama Irfana, dia berubah menjadi Qadira. Qadira gadis yang berani, gagah, tidak mudah di buli lagi. Bagi Qadira, Irfana sudah mati sejak dia tekad keluar dari lembah neraka yang dicipta oleh manusia yang kejam. Keluarnya Qadira dari lembah neraka itu, dia bertekad mahu membalas segala kejahatan yang mereka lakukan kepadanya.

Hail Qausar! Lelaki yang Qadira mahukan.

"Apa yang kau nak daripada aku sebenarnya?" soal Hail kasar.

"Saya nak awak, dan saya nak awak jadi suami saya." Mudah saja jawapan Qadira. Bibirnya mengutum senyuman manis. Tidak kisah akan pandangan benci yang lelaki itu hukurkan.

"Kau gila! Aku bakal suami orang! Apa yang kau tak faham?!" Suara Hail naik seoktaf. Sakit hatinya melihat senyuman yang ditanyang Qadira.

"Hanya bakal, bukan suami."

"Jangan cabar aku Qadira! Aku bukannya lelaki yang kau boleh di buat main. Jangan paksa aku jadi lelaki dayus, Qadira!"

                                ******

"Susah sangat ke Hail? Susah sangat ke awak nak nampak saya sebagai isteri awak?" soal Qadira perlahan. Wajah Hail ditatap tajam.

"Susah! Sebab aku cintakan Syafira! Hanya dia wanita yang aku cintai!" ujar Hail tanpa memikirkan perasaan isterinya. Dia sudah penat dengan permainan Qadira.  Qadira yang penuh agenda.

"Lepaskan saya, kalau awak masih cintakan Syafira. Tak guna awak simpan perempuan tak ada maruah macam saya," tutur Qadira lemah. Pedihnya hati apabila menuturkan ayat itu. Dia tidak mahukan perpisahan tetapi kalau itu yang mampu membahagiakan lelaki itu, dia sanggup. Dia sendiri sudah penat dengan permainan yang dia sendiri ciptakan. Dia mengaku yang dia lemah.

Qadira tetap Irfana yang lemah.

"Lepas apa yang kau dah buat pada aku dan Syafira, kau nak aku lepaskan kau? Dalam mimpi pun, aku tak akan lepaskan kau, Qadira Irfana. Pastikan yang kau dah sedia untuk semuanya,  Qadira." Hail tersengih sinis. Semudah itu wanita itu mahu dia lepaskan wanita itu selepas apa yang wanita itu lakukan kepadanya? Oh tidak...

"Lepas apa yang kau dah buat pada aku dan Syafira, kau nak aku lepaskan kau? Dalam mimpi pun, aku tak akan lepaskan kau, Qadira Irfana. Pastikan yang kau dah sedia untuk semuanya, Qadira." Hail tersengih sinis. Semudah itu wanita itu mahu dia lepaskan wanita itu selepas apa yang wanita itu lakukan kepadanya? Oh tidak...

"Buatlah apa yang awak nak buat Hail. Saya dah penat! Saya dah penat nak hidup di muka bumi yang penuh dengan manusia yang kejam. Awak nak bunuh saya pun saya dah tak kisah," ujar Qadira lemah. Dia sudah penat dengan permainan yang di sendiri ciptakan. Dia mengaku yang dia lemah. Qadira dengan Irfana tetap manusia yang lemah dan malang. Dia ingatkan apabila dia menjadi Qadira, hidup dia akan berubah. Tetapi dia silap, dia tetap Irfana yang malang. Badi malang Irfana tetap akan melekat di tubuh Qadira walaupun Irfana berubah jadi Qadira kerana mereka manusia yang sama.

Irfana dan Qadira tetap manusia yang lemah...

                                 *****

"Maafkan aku Qadira... aku suami yang kejam. Aku tak tunaikan tugas aku sebagai suami kau. Aku suami yang tak guna! Aku suami yang tak mampu nak lindungi isteri aku sendiri. Aku kejam, aku biarkan isteri aku terseksa. Maafkan aku, Qadira." Hail Qausar.

Qadira fikir bila dia berubah jadi Qadira, hidup dia tetap bersinar. Tetapi semuanya hampa. Qadira dan Irfana tetap orang yang sama, mana mungkin badi Irfana tidak melekat di tubuh Qadira kalau Qadira Irfana adalah manusia yang sama? Qadira dan Irfana tetap manusia yang lemah.



Amacam? Nak saya publish ke tak?

Abe Hail Qausar ni red flag🚩sikit je. 20% red flag 80 green flag🤘

Saya akan publish bila story Humra complete😚

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now