Bab 48

5.5K 251 41
                                    

WIDELIA bersiap-siap mahu pergi ke majlis perasmian restoran milik Didi. Hari ini Didi akan merasmikan restorannya yang pertama di Malaysia. Widelia dengan Hayyan di jemput oleh Didi datang ke majlis perasmian restoran milik Didi. Medina dengan Qariz turut di jemputnya. Majlis perasmian restaurant Didi dia adakan selepas solat jumaat. Hari ini dia dengan Hayyan hanya kerja separuh hari saja.

Dia baru selesai mandi selepas menunaikan solat zohor tadi. Kakinya melangkah masuk ke dalam closet room. Closet miliknya di buka. Matanya memerhati setiap baju yang tergantung di dalam closet. Matanya tertarik dengan abaya berwarna dusty pink. Dia ambil abaya tersebut lalu di beleknya. Cantik. Dia memutuskan untuk memakai abaya berwarna dusty pink.

Dia terus memakai abaya yang di pilihnya. Sengaja dia mahu memakai abaya agar perutnya yang sudah mula menampakan bentuk itu tidak kelihatan. Buat masa ini tiada sesiapa yang tahu dia tengah mengandung.  Hanya ahli keluarganya dan ahli keluarga Hayyan saja yang tahu. Kandungannya baru memasuki minggu yang ke 9. Sebulan yang lepas dia membuka buku pink dan kandungannya sudah mencecah minggu yang 7.

Baru semalam Hayyan menemaninya  pergi check-up. Apabila membuat ultrasound scan, kedua mereka teruja apabila melihat bentuk janin dari ultrasound. Yang membuatkan mereka sebak apabila mendengar degupan jantung baby.

Alhamdulillah, setakat ini morning sicknessnya tidak teruk seperti beberapa minggu yang lepas. Dia masih mengalami morning sickness cuma tidak terlalu teruk. Hanya awal pagi saja dia di serang morning sicknes. Bila menginjak tengah hari, keadaannya seperti biasa sediakala.

Setelah memakai abaya, dia terus beralih ke closet milik Hayyan. Baju kemeja bewarna hitam dan seluar slack hitam milik Hayyan di ambil. Dia kembali keluar dari closet room. Pakaian milik Hayyan yang turut di bawanya keluar di letak di atas katil.

Kepala di toleh ke arah pintu apabila pintu bilik di buka. Dia senyum kepada Hayyan yang baru balik dari menunaikan solat jumaat di masjid.

"Assalamualaikum." Hayyan memberi salam seraya melangkah ke arah isterinya.

"Waalaikumussalam," jawab Widelia dengan senyuman di bibirnya.

"Abang rindu sayang," ujar Hayyan lalu memeluk isterinya sebaik saja dia berdiri di hadapan isterinya. Rindu. Baru dua jam tidak berjumpa dia sudah rindu kepada isterinya.

"Rindu apanya? Kita bukannya berpisah 20 tahun." Widelia mencebik. Mengada betul.

"2 jam ibarat 20 tahun bagi abang tau." Hayyan mengepit kedua belah hidung isterinya geram. Tidak cukup dengan itu, di peluk isterinya dengan geram.

Widelia meringis sakit.

"Sakitlah abang..." Widelia memukul dada Hayyan. Lemas pula dia apabila di peluk Hayyan sebegitu rupa.

"Sorry, abang geram pula tengok sayang. Semenjak mengandung ni sayang nampak comel." Hayyan tergelak. Dia meleraikan pelukkan.

"Yalah tu comel. Comel ke comot?" tanya Widelia ingin menguji Hayyan.

"Dua-dua." Hayyan terus menghambur ketawa sebaik saja mendapat jelingan tajam dari sang isteri.

"Bencinya dengan abang ni..." Widelia terus kalihkan wajahnya ke arah lain.

"Alah mak buyung ni, abang gurau jelah. Isteri abang ni cantik dan terpaling comel. Kalau sayang comot pun, apa nak kisah. Abang tetap sayang isteri abang seorang ni. Bersusun banyak mana pun wanita cantik berdiri di hadapan abang, isteri abang ni tetap terpaling cantik di mata abang. " Hayyan menyentuh lembut wajah isterinya. Di tekup wajah isterinya lembut.

Widelia mengulum senyuman. Ah sudah, skru lututnya mula melonggar.  Hayyan memang suka membuat hidungnya mengembang. Siapa je yang tak suka kena puji. Kalau tak suka kena puji tu memang sah tak ada perasaan.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now