Bab 56

4.5K 232 37
                                    

HAYYAN memandu kereta serupa orang gila. Semua kereta yang berada di jalan raya di potongnya. Dia tidak kisah kalau dia kena saman sekali pun. Apa yang dia tahu, dia perlu datang ke tempat di mana isterinya dan juga Farok berada. Semasa dia menerima panggilan dari isterinya, jantungnya bagai mahu terhenti apabila isterinya memberitahu bahawa isterinya dengan Farok kena kejar dan Farok di belasah teruk.

Apa yang lebih membimbangkan dirinya apabila terdengar bunyi tembakkan dari tempat isterinya berada. Dia takut nyawa isterinya dan Farok berada di dalama bahaya. Nasib menyebelahinya apabila Farok menghantar signal bahawa mereka di dalam bahaya. Dengan kadar segera dia datang ke tempat kejadian itu setelah menamatkan panggilan dengan isterinya.
Dia sudah memaklumkan kepada Denver tentang kejadian yang menimpa isterinya dan juga Farok. Denver dengan yang lain turut bergegas datang ke tempat kejadian itu dengan bantuan signal yang di hantar Farok.

Hayyan langsung tidak berhenti berdoa agar isteri dan anaknya selamat dan di lindungi. Tidak lupa juga, dia berdoa agar Farok turut di lindungi. Dia mengikut lokasi yang di dapatinya dari signal yang di hantar Farok. Dia masuk ke simpang yang agak sunyi baginya. Laju dia memandu kereta. Dari kejauhan dia dapat melihat sebuah kereta Land Roger milik Farok. Hanya kereta Farok saja yang ada di situ. Semakin kuat Hayyan menekan pedal minyak. Sebaik saja sampai di situ, dia terus keluar dari kereta. Berkerut dahinya apabila tiada bunyi suara orang di situ. Perlahan dia melangkah ke kereta Farok.

"Farok!" Hayyan laju melangkah ke arah Farok yang sudah tidak sedarkan diri atas jalan rasa dengan darah membasahi tubuh Farok.

Dia duduk mencangkung di sebelah Farok. Dia memeriksa nadi Farok. Masih berdenyut tetapi berdenyut lemah. Nafas Farok lemah.

"Farok, bangun Farok." Arah Hayyan, tangannya menampar perlahan pipi Farok tetapi Farok masih tidak sedarkan diri. Mata Hayyan tajam melihat setiap kesan tembakkan di tubuh Farok.

Dia menoleh mahu mencari kelibat isterinya di dalam kereta Farok tetapi kelibat isterinya tiada.

Hayyan kembali bangun. Dia melangkah ke arah kereta Farok. Mahu mencari isterinya, mana tahu isterinya bersembunyi di dalam kereta. Setiap pelusuk kereta dan termasuk bonet kereta dia mencari tetapi tiada.

"Sayang! Abang datang ni." Laung Hayyan agar isterinya mendengar.

"Haizel!" Laung Hayyan lagi. Dadanya sudah bedegup kencang. Dia seperti hilang arah apabila isterinya tidak munculkan diri.

"Sayang!"

"Widelia Haizel!" Laung Hayyan lagi. Lutut Hayyan terasa lemah. Dia terduduk apabila panggilannya tidak di sahut isterinya. Wajahnya di raup kasar. Dan dia yakin, sekarang isterinya sudah ada di dalam cengkaman si Dia. Hayyan memejamkam matanya.

"Sabar Hayyan sabar. Allah ada untuk lindungi isteri kau. Ingat Allah," pujuk Hayyan untuk dirinya sendiri.

Telefon yang berada di dalam kocek seluar di keluarkan. Nombor Denver segera di dail.

"Denver... kita terlambat."

"Apa maksud kau?"

" Widelia kena culik. Farok tak sedarkan diri, dia teruk kena tembak," terang Hayyan kepada Denver sebaik saja panggilan mereka bersambung.

"Kau tunggu situ, aku dengan Wais dah nak sampai," ujar Denver tegas.

"Hmm..." Setelah panggilan tamat, Hayyan melangkah ke arah Farok. Telefonnya kembali di ambil lalu menelefon ambulans.

Setelah meminta bantuan ambulans. Hayyan kembali melangkah ke arah Farok. Di pangku kepala Farok di atas ribanya. Matanya di hidangkan wajah pucat tidak berdarah Farok.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now