Bab 1

709 48 7
                                    

Maysarin pandang ke arah langit gelap. Pandangan tertala lama ke atas sana, ralit memerhati kerlipan bintang yang jauh. Gundah hati yang menyerang sejak seminggu yang lalu seakan lebih bertenang hari ini.

Hari ini genap seminggu pemergian Ibu Hannah.

17 tahun merupakan tempoh yang terlalu singkat apabila dia merasakan kasih sayang daripada seorang ibu angkat melebihi kasih sayang ibu kandung. Sepanjang tempoh ini juga dia kenal erti 'keluarga damai'. Kadang-kadang dia lupa dia pernah hidup menderita bersama keluarga sendiri. Kasih sayang dan bahagia yang cukup diberikan oleh ibu, datuk, nenek dan ibu saudaranya membuatkan May enggan angkat kaki meninggalkan tempat selesanya ini. Namun sejak tiga daripada empat susuk kebahagiaan May telah berangkat pergi meninggalkan dunia, rasa kosong menerpa hidup May kembali. Tambahan pula kini ibu saudaranya telah berkahwin dan ikut suami.

Pendek kata, dia kini tinggal sendirian di dalam rumah sederhana besar ini.

"May rindu ibu..."

Ya, ayat itu diungkapnya lebih berpuluh kali setiap hari tanpa jemu.

"Kalau ibu dah tak ada nanti, May balik ke Malaysia semula ya? Ibu dah janji dengan ayah May dulu... May tunaikan permintaan terakhir ibu ini boleh? Ayah May orang baik."

Itulah ayat terakhir dari mulut Ibu Hannah sebelum dia pergi buat selamanya.

Ya, May tahu ayah orang yang baik. Buktinya lelaki itu tidak pernah jemu menghantar wang perbelanjaan kepadanya setiap bulan. Katanya dia bertanggungjawab sebagai seorang ayah. Baik sungguh budinya. Tapi bagaimana pula dengan mama? May yakin perdirian mamanya tidak akan pernah goyah. Sekali dia benci, selamanya dia tetap benci.

May melepaskan keluhan berat.

Seperti kata yang pernah terucap dahulu 'selagi hayat dikandung badan', Ibu Hannah memang tidak mungkir janji. Dan... perjanjian itu telah berakhir setelah Ibu Hannah menghembuskan nafas terakhir minggu lalu.

"I guess I need to prepare myself from now on. Both physical and mental..." Terlepas tawa sinis dari bibir mungilnya. Bersedia sebelum menghadapi perang.

Ting!

Dia terima mesej ringkas dari ibu saudaranya mengenai jadual penerbangan dari Noi Bai International Airport menuju ke KLIA.

Dibawahnya terselit mesej tambahan.

Aunty Hien : Good luck honey, P/S don't ever forget me sob sob...

Serta merta bibir May menggetuskan gelak kecil. Comel sungguh ibu saudaranya ini. Aunty Hien sudah maklumkan bahawa dia tidak dapat hantar pemergian May ke lapangan terbang kerana kini dia sedang berbulan madu di Bali.

Me : ohh my aunty u already missed the only chance you have! I guess we will never meet each other anymore when I'm back in Malaysia.

Aunty Hien : Hell no girl! One day I might come and grab the chance to be your family's bibik as your Ibu did before! I'm ready to be your second Ibu. Kiss² bye my beautiful niece! Have a comfortable flight later!

Melihat celoteh ibu saudaranya, semakin rindu May pada mendiang Ibu Hannah. Sama saja perangai dua beradik itu, pandai menghibur hati.

May keluh lagi. Entah berapa kali agaknya dia hendak mengeluh.

Fuhhh, sesungguhnya bahagia itu cuma sementara. Kini dia kena siap sedia dari awal untuk menghadapi semula fasa duka yang pernah dilalui dalam hidupnya dahulu.

Sedang asyik memandang langit, pelbagai nasihat Ibu Hannah datang menerpa. Selain itu, May teringat akan satu janji yang pernah termeterai antara dia dan Ibu Hannah.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें