Bab 19

353 30 2
                                    

Hari selasa.

May baru saja selesai memaklumkan kepada Emma bahawa dia ambil cuti hari ini atas alasan dia punya masalah keluarga. Mana tidaknya, celik saja mata dari lena, May terus dapat panggilan kecemasan dari alongnya yang menyeru dia untuk hadir ke mesyuarat tergempar di Omar Royal Hotel petang nanti.

Ketika May menjamah sarapan paginya seorang diri, dia terganggu dengan bunyi tombol pintu utama yang dipulas beberapa kali dari luar. Memandangkan dia hanya keseorangan di dalam rumah kini, tipu lah kalau tidak rasa cuak. Macam mana kalau pencuri?

Kalau ya pun kenapa pilih nak mencuri waktu rumah ini hanya ada dia sorang? Tunggulah malam sikit biar ayah pelengkung kepala pencuri tu dengan frying pan!

Tangan May mencapai penyapu lidi yang Mak Ina tinggalkan atas lantai sebelum keluar ke kedai dengan Pak Ayub tadi. Itu senjata yang paling dekat dia hendak gapai sekarang.

Kemudian, gegendang telinga May menangkap bunyi kunci-kunci berlaga antara satu sama lain.

Eh? Tak kan pencuri ada kunci pula?

Daripada terhendap-hendap, May tegakkan kembali tubuhnya. Menanti gerangan yang mungkin dikenalinya itu tunjukkan muka.

Qadr.

May tidak menyangka langsung orangnya adalah Qadr, bukankah sekarang waktu Qadr ada di sekolah?

Dengan baju t-shirt putih ada kesan tompokan kotoran hitam, bau pula seperti berlumur minyak enjin. Budak ni buat apa sebenarnya?

"Akak buat apa kat rumah?" Qadr garu kepala.

"Akak yang patut tanya kau soalan tu sebab sekarang sepatutnya kau ada kat sekolah. " May peluk tubuh sambil menanti jawapan dari adiknya.

"Qadr dah balik sekolah lah."

"Balik apanya, baru pukul 8 pagi." biasa sangat budak ni menipu, tapi May tidak akan sesekali termakan helahnya.

"Qadr tak sihat lah, kak. Qadr kena rehat. Cikgu sendiri yang bagi Qadr balik."

May seperti ragu-ragu namun tidak membantah apa. Kerap juga dia terdengar adiknya itu batuk dua tiga hari kebelakangan ini. Mungkin berpunca oleh perubahan cuaca, biasalah fenomena hujan panas hujung tahun.

"Balik rumah naik apa? Cikgu hantar?"

"Qadr bawa motor."

"Qadr bawa motor ke sekolah?"

"Haah, Qadr memang ada lesen motor."

"Hari tu kenapa biar Es hantarkan?"

"Sebab mama tak benarkan Qadr bawak motor ke sekolah, ini pun Qadr buat deal diam-diam dengan Mak Ina. Tak kan lah Qadr nak susahkan abang Es aje."

"Kalau macam tu. Nanti pukul 1 petang, Qadr hantar akak pergi ke hotel kita boleh?" May kerdipkan mata beberapa kali. Itu niat sebenar disebalik pertanyaan berjelanya tadi.

"Baik kak."

Qadr ambil pinggan lalu mencedok nasi goreng dari dalam kuali di dapur sebelum di bawa ke tempat duduk berhadapan si kakak yang sedang menghabiskan sisa nasi dalam pinggannya.

"Qadr!"

Hampir saja May tercekik nasi goreng dek jerkahan maha kuat itu. May yang memberikan belakang pantas memusingkan kepalanya. Ada mamanya yang berdiri bersama satu 'aura hitam' di muka pintu. Nampak seperti sedang menahan amarah.

"Mama ni dah kenapa?" marah May.

"Kau diam! Aku tak panggil kau." Puan Amelia marah May balik.

Puan Amelia tarik lengan Qadr lalu dibawa menuju ke ruang tamu yang sedikit jauh dari meja makan. May hanya duduk memerhati dari situ. Apa masalah pula dua beranak ni?

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Where stories live. Discover now